Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pegawai siasatan sangkal dakwaan ancam tertuduh setujui kenyataan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES RASUAH BEKAS PEGAWAI MUIS

Pegawai siasatan sangkal dakwaan ancam tertuduh setujui kenyataan

Abdul Rahim Mawasi, bekas pegawai Majlis Ugama Islam Singapura yang juga bekas pengerusi masjid, hadapi satu tuduhan rasuah
Apr 03, 2024 | 05:54 PM



Seorang pegawai penyiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), yang hadir di mahkamah pada 3 April untuk memberi keterangan semasa perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Abdul Rahim Mawasi, menyangkal dakwaan beliau mengancam tertuduh supaya bersetuju dengan kenyataan semasa disoal siasat.

Abdul Rahim, 57 tahun, terdahulu dikenakan satu tuduhan rasuah kerana didakwa memberi nasihat kepada seorang pengarah syarikat binaan bagi mengurangkan sebut harga kerja-kerja peningkatan masjid, sebagai pertukaran baginya menerima saham dalam satu syarikat pelancongan.

Pengarah syarikat tersebut, Mohd Mustaqim Kam @ Kam Hock Beng, yang menguruskan Zeal-Con Engineering, juga dikenakan satu tuduhan rasuah bersama Abdul Rahim.

Perbicaraan kes bermula pada 2 April.

Pada 3 April di mahkamah, peguam bela, Encik Satwant Singh, menyoal proses siasatan yang dijalankan CPIB terhadap anak guamnya.

Beliau mencabar beberapa kenyataan oleh Abdul Rahim yang direkodkan CPIB semasa anak guamnya itu disoal siasat di biro tersebut selepas dia ditahan pada 15 April 2021.

Mahkamah diberitahu, Abdul Rahim ditahan sekitar 6.50 pagi pada 15 April 2021 di rumahnya, dan dibawa ke CPIB sekitar 7.50 pagi.

Abdul Rahim ditempatkan dalam bilik soal siasat sehingga 12 tengah hari sebelum pegawai siasatan merekodkan kenyataan pertama yang berjalan sehingga sekitar 7 malam.

Selepas dibenarkan berehat, Abdul Rahim kembali ke bilik siasatan kira-kira 9 malam untuk direkodkan satu lagi kenyataan.

Dia dibenarkan pulang dengan ikat jamin sekitar 11.30 malam.

Encik Singh menyatakan anak guamnya mendakwa dia diancam pegawai siasatan (IO) ketika disoal siasat supaya bersetuju dengan kenyataan yang direkodkan pegawai itu, dan jika enggan berbuat demikian dia akan ditahan.

Ini termasuk meminta anak guamnya menandatangani beberapa dokumen berhubung siasatan kes rasuah itu tanpa membenarkannya membuat perubahan.

Encik Singh turut menambah bahawa tarikh 15 April 2021 itu merupakan hari kedua berpuasa pada Ramadan tahun itu.

Justeru, Encik Singh berkata anak guamnya berada dalam “keadaan letih” dan pihak siasatan sedar akan keadaan itu dan secara sengaja memutus untuk menyoal siasat anak guamnya pada hari itu untuk mendapatkan kenyataan daripadanya.

IO yang hadir di mahkamah, Ketua Penyiasat Khas, CPIB, Cik Jane Zhang, menyangkal dakwaan tersebut.

Cik Zhang berkata beliau tidak mengancam Abdul Rahim dan sama sekali tidak bersetuju bahawa pihaknya telah memilih tarikh 15 April itu dengan sengaja atas alasan Abdul Rahim sedang berpuasa.

Cik Zhang juga berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Abdul Rahim diminta meletakkan tanda tangan kepada dokumen berhubung siasatannya tanpa membuat pindaan.

Menurut pihak pendakwa, Abdul Rahim, yang juga bekas pengerusi eksekutif Masjid Darul Aman di Jalan Eunos dan Masjid Sallim Mattar di Mattar Road, didakwa memberi nasihat kepada Kam supaya mengurangkan sebut harga bagi kerja binaan bumbung dan kerja peningkatan di kededua masjid tersebut pada 2018 dan 2019.


Sebagai ganti, Abdul Rahim dan Kam bersetuju memulakan perniagaan pelancongan, tanpa Abdul Rahim menyumbang kepada modal perniagaan tersebut.

Sebaliknya, Abdul Rahim akan membantu Zeal-Con mendapatkan kerja binaan daripada masjid yang beliau uruskan.

Perbicaraan masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >