Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar terbaik Sekolah Penjara jaya raih 4 gred A bagi GCE ‘O’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar terbaik Sekolah Penjara jaya raih 4 gred A bagi GCE ‘O’

Jan 12, 2024 | 06:14 PM



Empat gred cemerlang dengan gred A1 dalam Bahasa Inggeris, Pendidikan Perniagaan dan Prinsip Perakaunan – itulah yang berjaya diraih Dave, yang muncul pelajar terbaik peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ di Sekolah Penjara.

Keputusan cemerlangnya itu jauh beza daripada apa yang pernah diterimanya ketika menduduki peperiksaan sama pada 2014.

Ketika itu, Dave (bukan nama sebenar) menerima agregat L1R4 sebanyak 24 mata.

Namun, kejayaannya tidak datang bergolek. Usaha gigih didorong keyakinan bahawa cabaran akademik masa lalu tidak menentukan kejayaan masa depannya menyumbang kepada pencapaian cukup membanggakan itu.

Dihukum penjara selama 20 tahun kerana kesalahan mengambil dan mengedar dadah, Dave, 26 tahun, mendapat tempat di Sekolah Penjara kerana berkelakuan baik.

Di sana, dia telah mengenal pasti kaedah berkesan untuk belajar. Pengalaman itu juga memupuk disiplin dan mengajarnya bagaimana kekal fokus.

Dave merupakan salah seorang daripada 29 banduan dari Sekolah Penjara yang telah menduduki peperiksaan GCE ‘O’ pada 2023.

Daripada jumlah tersebut, 26.9 peratus berjaya lulus lima atau lebih mata pelajaran yang diambil. Sebanyak 51.7 peratus daripada mereka pula lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran.

Bagi Dave, pencapaiannya dalam peperiksaan GCE ‘O’ itu merupakan batu loncatan bagi apa yang mahu dicapainya kelak.

Kini, dia meneruskan pendidikannya bagi GCE peringkat ‘A’ pula. Dia memburu ijazah di Sekolah Penjara sebelum dibebaskan.

Menurut Dave, dia mahu mendalami usaha berkaitan pertanian dan sumber boleh diperbaharui selepas dibebaskan. Ini kerana dia percaya amalan pertanian yang mampan dan cekap adalah penting untuk memenuhi keperluan penduduk global yang semakin meningkat.

“Jangan pernah bilang diri anda bahawa anda tidak cukup bagus kerana ini akan menghalang anda daripada berusaha untuk mencapai matlamat anda.

“Tetapkan cita-cita yang tinggi... sasaran yang tinggi memberi ruang untuk pembangunan.

“Jika anda gagal mencapainya, anda masih boleh berusaha menjadi lebih baik. Sebaliknya, cita-cita yang rendah boleh mengehadkan keupayaan anda mencapai tahap lebih tinggi,” kata Dave.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >