Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemandu bas mini dipenjara 4 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu bas mini dipenjara 4 bulan

Dec 28, 2023 | 06:20 PM



Seorang pemandu bas mini yang mempunyai rekod memandu yang buruk, telah dihukum penjara empat bulan pada 28 Disember kerana melanggar seorang penunggang motosikal hingga membawa maut dalam satu nahas jalan raya di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 2021.

Muhammad Hairulzat Salleh, 41 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan memandu secara cuai dan tidak memberi perhatian sewajarnya sehingga menyebabkan kematian Satyadew Ramanuj, 57 tahun.

Hairulzat juga tidak akan dibenarkan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi semua kelas selama lapan tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, menurut laporan The Straits Times.


Timbalan Pendakwa Raya Pavithra Ramkumar berkata, kesalahan lalu Hairulzat termasuk memandu sambil lewa hingga menyebabkan kecederaan, gagal mematuhi isyarat lampu merah dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Pendakwa raya menambah, ketika kemalangan itu berlaku pada 13 Mac 2021, Hairulzat sedang bekerja di Aurora World, syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas sewa.

DPP Pavithra juga berkata bahawa Encik Satyadew menunggang motosikalnya pada 6.40 pagi di sepanjang PIE menuju ke Tuas sebelum dia memperlahankan motosikalnya dan berhenti sepenuhnya di lorong ketiga.

Ketika itu Hairulzat sedang beralih dari lorong kedua ke lorong ketiga. Sebelum menukar lorong, dia memandu pada kelajuan antara 66 dengan 90 kilometer sejam di belakang sebuah van.

Menurut pendakwa raya, dia gagal menjaga jarak selamat dari van itu. Pada kelajuan sedemikian, katanya, dia sepatutnya berada antara jarak empat dengan enam kereta.

Disebabkan ini, dan kegagalan melihat ke hadapan dengan betul semasa menukar lorong, Hairulzat hanya melihat motosikal Encik Satyadew apabila dia memasuki lorong ketiga.

Dia tidak dapat bertindak dengan segera dan melanggar motosikal itu. Apabila dia turun dari bas mininya, dia melihat Encik Satyadew tersepit di hadapan kenderaan.

Anggota SCDF berjaya mengeluarkan Encik Satyadew, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kira-kira pada 7.20 pagi.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematiannya adalah kecederaan yang konsisten dengan pemandu yang berlanggar dengan kenderaan bermotor.


Hairulzat tidak mengalami kecederaan.

DPP telah meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan dan tempoh hilang kelayakan untuk memandu selama lapan tahun.

Pendakwa raya berkata walaupun kesalahannya rendah memandangkan tiada tanda-tanda pemanduan berbahaya, Hairulzat jelas cuai.

DPP Pavithra menambah bahawa hukuman penjara adalah wajar untuk menghalangnya daripada melakukan kesalahan lagi.

Akibat menyebabkan kematian dengan memandu kenderaan tanpa penjagaan dan perhatian yang sewajarnya, Hairulzat boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >