Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemandu, penunggang motosikal dikesan tawar khidmat tumpang secara haram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu, penunggang motosikal dikesan tawar khidmat tumpang secara haram

Mar 18, 2024 | 10:12 AM



Dua pemandu dan seorang penunggang motosikal masing-masing didenda $1,800 dan dilarang memandu selama setahun kerana menawarkan khidmat tumpang sewa kereta dan motosikal secara haram.

Ini susulan operasi penguatkuasaan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kesemua mereka ditangkap pada 3 Mei 2023 dan salah seorang daripada mereka menjadi penunggang motosikal pertama yang didakwa kerana menghantar penumpang bagi tujuan sewa dan ganjaran.

Salah seorang daripada tiga lelaki itu, De Cruz Wayne Randall, 36 tahun telah menghantar seorang penumpang dari Compassvale Road ke Kallang leisure Park dalam sebuah kereta dengan harga $12 pada hari tersebut.

Pada Mac 13, dia mengaku salah atas satu tuduhan menggunakan sebuah kenderaan khidmat awam tanpa berlesen di bawah Akta Trafik Jalan Raya, dan satu tuduhan menggunakan sebuah kenderaan tanpa perlindungan insurans di bawah Akta Kenderaan Bermotor (Risiko Pihak Ketiga dan Pampasan).

Dia didenda $1,800 dan dilarang memegang atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama setahun.

Pada Januari, Muhammad Nasrulhaq Sulaiman, 21 tahun menerima hukuman yang sama kerana menghantar seorang penumpang dalam sebuah kereta dari Rivervale Drive ke Thomson Plaza dengan harga $24.

Lelaki ketiga, Muhammad Hasbullah Rosly, 33 tahun dikesan seorang pegawai penguatkuasaan LTA di sebelah motosikalnya di sebuah tempat perhentian Blok 505D, Yishun Street 51 pada 3 Mei.

Meskipun Hasbullah mendakwa sedang mengambil seorang kawan, dia didapati tidak mengenali penumpang itu dan telah ke sana untuk menghantar seorang individu ke ITE Kolej Barat dengan harga $18.

Dia telah dihukum pada Januari lalu.

LTA berkata ia merupakan kes pertama seorang penunggang motosikal didakwa atas kesalahan menghantar penumpang bagi khidmat sewa dan ganjaran di sini.

Mereka yang didakwa menawarkan khidmat tumpang sewa secara haram tanpa lesen vokasional, atau menggunakan kenderaan tanpa berlesen, boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $3,000, atau kededuanya.

Dalam satu kenyataan, LTA berkata khidmat tumpang secara sosial antara sahabat dan rakan kerja dibenarkan, seperti juga khidmat tumpang sewa menerusi platform berlesen seperti GrabHitch dan RydePool atau menerusi platform perniagaan yang dikecualikan daripada lesen.

Ini kerana operator bagi platform sedemikian mengekalkan rekod pemandu dan perjalanan sekiranya berlaku sebarang insiden.

Mereka juga diperlukan mengesahkan lesen pemandu dan menguatkuasa maksimum dua perjalanan khidmat tumpang sehari, kata LTA.

Kaedah khidmat tumpang lain sepreti menerusi kumpulan perbualan Telegram, tidak dibenarkan dan tidak menawarkan perlindungan kepada penumpang, kata LTA.

Ia menambah: Motosikal, tidak kita di mana platform tempahannya, tidak dibenarkan secara sah untuk digunakan bagi menghantar penumpang untuk khidmat sewa dan ganjaran kerana risiko keselamatannya,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >