Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengetua mahu murid jadi versi terbaik diri sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetua mahu murid jadi versi terbaik diri sendiri

Dec 28, 2023 | 06:30 PM



Cik Rezia Rahumathullah mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan.

Beliau, yang telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan sepanjang kerjayanya, akan dilantik sebagai pengetua Sekolah Rendah Teck Ghee pada 2024.

Cik Rezia berkongsi dengan Berita Harian (BH) pada 27 Disember mengenai minat dan pengalamannya sebagai pendidik.


“Saya percaya bahawa pendidikan mempunyai kesan sepanjang hayat kepada kanak-kanak dan oleh itu, ia memainkan peranan penting dalam pembangunan individu untuk menjadi mercu tanda negara kita, pada masa hadapan.”

“Pengalaman saya dengan guru-guru saya merubah hidup saya. Mereka melihat potensi dalam diri saya, dan berusaha dengan keras untuk meraikan saya sebagai seorang insan.

“Oleh itu, saya ingin menjadi pendidik yang berpeluang untuk memberi inspirasi kepada pelajar saya supaya mereka menjadi versi terbaik diri mereka,” katanya.

Pendidik abad ke-21 juga menghadapi cabaran seperti kadar kemajuan teknologi yang berkembang pesat, dan ekonomi sejagat yang berpecah-belah dan rapuh oleh kerana politik.

Mengupas tentang itu isu itu, Cik Rezia berkata: “Walaupun kami ingin memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi, kami perlu mempertajamkan juga kemahiran kemanusiaan dalam pelajar kami, yang tidak boleh digantikan dengan teknologi.”

Perkembangan dunia hari ini memerlukan kita sebagai pemimpin untuk membangunkan pelajar yang berdaya tahan, inovatif dan boleh menyesuaikan diri secara kognitif semasa mereka mengharungi cabaran dan sempadan baru dalam pembelajaran, tambahnya.

Pelantikan Cik Rezia sebagai pengetua merupakan satu penghormatan baginya.

Beliau berkata: “Untuk memahami inti pati Sekolah Rendah Teck Ghee (TGPS), saya akan berhubung rapat dengan kakitangan sekolah.

“Saya ingin meraikan sejarah dan warisan sekolah itu dengan memanfaatkan kekuatannya supaya dapat memartabatkan proses perubahan dan membentuk identiti bintang TGPS kami secara kolektif.

“Kami suka merujuk kepada pelajar kami sebagai TGStars”.

Beliau juga percaya dengan kepentingan memupuk dan mengasah kebolehan pelajar yang mampu menyesuaikan diri di mana sahaja.

Kedua-dua kakitangan dan pelajar harus dilengkapi dengan kebolehan untuk menjaga kesejahteraan diri dan keinginan belajar sepanjang hayat.

Ini memastikan pembelajaran kendiri kekal berterusan, hubungan sosial kekal kukuh, dan perkembangan pelajar dapat dipertingkatkan.

Kementerian Pendidikan (MOE) melantik 52 pengetua semasa Majlis Pelantikan dan Apresiasi Pengetua pada 28 Disember.

Daripada jumlah itu, 15 pengetua baru akan dilantik, manakala 37 pengetua akan ditempatkan ke sekolah yang berlainan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >