Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penumpang paksa buka pintu tren MRT hadapi tuduhan tambahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang paksa buka pintu tren MRT hadapi tuduhan tambahan

Dec 29, 2023 | 04:05 PM



Seorang penumpang MRT yang dilihat dalam berbilang video yang tersebar luas dalam talian membuka pintu sebuah kereta api MRT secara paksa dari dalam dikenakan tuduhan tambahan gangguan awam pada 29 Disember.

Vanessa Wang Zi Qi, 47 tahun, kini berdepan tiga pertuduhan gangguan awam dan satu pertuduhan serangan.

Dokumen mahkamah mengenal pasti Wang sebagai lelaki, walaupun video kejadian itu menunjukkan dia berpakaian wanita.

Menurut dokumen mahkamah, Wang dikatakan menyebabkan penumpang jengkel apabila dia cuba membuka pintu gerabak kereta api di Stesen Yio Chu Kang kira-kira 11 pagi pada 1 Disember.

Dokumen itu tidak menyatakan apakah kereta api itu sedang bergerak.

Wang sebelum ini didakwa melakukan kesalahan serupa di Stesen Braddell pada 27 November dan di Stesen Ang Mo Kio pada 29 November.

Dia juga didakwa menendang kaki seorang lelaki di Stesen Ang Mo Kio pada 29 November.

Dalam video kejadian 29 November, seorang penumpang boleh dilihat cuba membuka pintu gelangsar gerabak kereta api yang sedang bergerak di Laluan Utara-Selatan, hingga kedengaran jeritan penumpang menyuruh dia berhenti melakukan itu.

Menurut saksi, satu pintu terbuka sedikit seketika sebelum penumpang lain menghalang pelaku itu.

Dalam satu kenyataan sebelum ini kepada The Straits Times, presiden SMRT, Encik Lam Sheau Kai, berkata kakitangan SMRT dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 1 tengah hari pada 29 November.


Menurut beliau, penumpang itu tidak memberi kerjasama dan menjadi agresif apabila kakitangan memasuki kereta api itu untuk menyiasat.

Gambar dalam talian selepas kejadian itu menunjukkan penumpang tersebut terbaring dalam keadaan tertiarap di platform Stesen Ang Mo Kio, dikelilingi pegawai Pemerintah Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) dan kakitangan stesen.

Kes Wang ditangguhkan ke Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >