Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perlu proaktif, bersifat empati bantu klien cari kerja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu proaktif, bersifat empati bantu klien cari kerja

Jan 31, 2024 | 05:30 AM



Sebagai penasihat penjagaan di Yayasan Mendaki di Woodlands, Cik Hanim Rawi memainkan peranan proaktif dalam mendekati keluarga untuk memahami keperluan mereka dan membantu individu dapatkan pekerjaan yang stabil.

Beliau, seorang ibu tunggal yang membesarkan dua anak lelaki, bukan sahaja memahami cabaran yang dihadapi individu yang perlu membahagikan masa untuk menjaga keluarga dan mencari nafkah, malah sedar betapa penting memberikan sokongan kepada golongan itu.

Dengan sikap empati yang mendalam, Cik Hanim, 57 tahun, berusaha menyediakan sokongan yang praktikal dan berkesan kepada individu dan keluarga yang dibantunya.

Antara klien yang pernah dibantu ialah Cik Siti Zubaidah (tanpa memberikan nama penuhnya), seorang suri rumah yang ingin kembali bekerja, kata beliau kepada Berita Harian baru-baru ini.


Antara tugas penasihat penjagaan di Mendaki termasuk membantu golongan yang menganggur kembali ke alam pekerjaan.

Cik Hanim mula mengenali Cik Siti Zubaidah, yang mengambil bahagian dalam satu kegiatan bulanan Mendaki pada Jun 2023 bersama keluarganya, dan mendapat tahu pada ketika itu wanita tersebut sedang menganggur.

“Cik Siti Zubaidah seorang suri rumah yang mahu bekerja semula untuk menampung kos sara hidup keluarganya.

“Saya menyediakan rancangan pekerjaan yang sesuai untuk beliau dan menghubunginya secara berkala untuk memberitahu beliau mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ada,” cerita Cik Hanim.

Untuk membantu individu mencari kerja, beliau menjalin kerjasama dengan organisasi seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).

Melalui bimbingan Cik Hanim, Cik Siti diperkenalkan kepada program Latihan NTUC First Campus sebagai pendidik kanak-kanak prasekolah.

Pada Ogos 2023, beliau berjaya memulakan kerjaya sebagai guru pelatih menjaga bayi.

“Peranan itu agak mencabar dan tidak semua klien saya berjaya mendapat pekerjaan, terutama ketika klien tidak responsif atau pekerjaan tidak sesuai dengan kehendak klien.

“Namun, paling penting ialah kami tidak boleh meremehkan alasan yang diberikan orang dan menganggapnya sebagai cerewet. Sebaliknya, kami harus mengambil pendekatan penuh empati dan memahami bahawa mereka memiliki beban tanggungjawab yang tidak kami ketahui,” ujar beliau, yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan di Universiti Southern Queensland.

Lebih daripada sekadar seorang penasihat pekerjaan, Cik Hanim menjadi jambatan yang menghubungkan keluarga yang memerlukan bantuan.

Seperti contoh, Cik Hanim mengimbas pengalaman berinteraksi dengan keluarga lapan anak yang tinggal di flat sewa pada 2022.

Daripada tujuan awal datang ke pejabatnya untuk mendaftar bagi program tuisyen, beliau telah membantu keluarga itu mendapatkan bantuan lebih luas dan menyeluruh.

Menyedari cabaran yang dihadapi keluarga itu lebih mendalam, Cik Hanim merujukkan kes tersebut kepada agensi-agensi tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan sokongan sosial.

Di samping tugasnya sebagai penasihat penjagaan, Cik Hanim juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan sebagai pemimpin akar umbi serta anggota Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Kelab Masyarakat Yio Chu Kang dan Jawatankuasa Eksekutif Wanita di Kelab Masyarakat Ang Mo Kio. 

“Motivasi terbesar saya adalah apabila melihat keluarga yang turut bermotivasi membuat perubahan dalam hidup mereka dan meraih manfaat daripada perubahan itu.

“Walaupun langkahnya kecil, seperti mendengar luahan serta menghubungkan mereka dengan bantuan yang mereka perlukan, ia satu usaha yang memuaskan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >