Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PM Lee lawat Jepun 15-18 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Jepun 15-18 Dis

Dec 14, 2023 | 06:15 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Tokyo, Jepun – 15 hingga 18 Disember – bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan dalam rangka persahabatan dan kerjasama Asean-Jepun yang ke-50.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 14 Disember, Encik Lee akan ditemani isterinya, Cik Ho Ching; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; serta para pegawai dari PMO dan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Semasa Sidang Kemuncak Peringatan itu, Asean dan Jepun akan membincangkan cara untuk mendalami dan meluaskan Perkongsian Dialog Asean-Jepun, termasuk bidang ekonomi digital dan hijau.

Para pemimpin akan mengadakan perbincangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Encik Lee juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, dan pegawai Jepun yang lain.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan memangku jawatan Perdana Menteri sepanjang Encik Lee berada di Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >