Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PM Lee: Negara kecil boleh usaha reda ketegangan global

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Negara kecil boleh usaha reda ketegangan global

S’pura, New Zealand meterai perjanjian invois elektronik, perdagangan bekalan penting
Apr 15, 2024 | 07:28 PM



Negara kecil tidak dapat menyelesaikan konflik yang tercetus seperti di Timur Tengah tetapi boleh cuba menenangkan keadaan dan menggalakkan dialog di rantau ini, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 15 April.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama di Istana dengan rakan sejawatannya di New Zealand, Encik Christopher Luxon, yang kini dalam rangka kunjungan rasmi ke Singapura selama tiga hari, bermula 14 April.

Encik Lee ditanya tentang peranan negara kecil seperti Singapura dan New Zealand yang boleh dimainkan di tengah-tengah ketegangan global yang semakin memuncak.

Ditanya sama ada beliau menganggap perang global sedang berlaku kini, Encik Lee menambah:

“Saya tidak fikir kita hampir dengan perang dunia. Saya fikir kita menghadapi dunia yang sangat bermasalah, khususnya Timur Tengah yang sangat bermasalah.”

Menurutnya, walaupun tiada apa yang akan menyelesaikan masalah di Timur Tengah pada masa hadapan, negara-negara kecil masih mempunyai peranan untuk dimainkan.

“Anda boleh cuba menenangkan keadaan dan anda boleh mengembalikan masyarakat ke landasan sewajarnya berhubung dengan isu bercakap tentang keamanan, mungkin. Malah perkara ini akan menjadi sangat sukar memandangkan apa yang telah berlaku pada 7 Oktober lalu dan selepas 7 Oktober,” kata Encik Lee.

“Tetapi jika anda tidak cuba berbuat demikian, maka anda mengatakan satu-satunya jalan ialah ‘kaedah berpedang’ (berlawan dengan satu sama lain) dan saya fikir cara sebegini akan membawa kepada malapetaka buat semua orang,” tambahnya.

Encik Luxon pula menambah New Zealand dan Singapura mempunyai kepentingan bersama dengan kededua negara memiliki prinsip yang sejajar dengan peraturan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

“Apa yang ingin kami teruskan ialah benar-benar menginginkan orang ramai menahan diri (daripada bertindak melulu) dan seperti yang dikatakan (Encik Lee), berusaha berunding dan berbincang sehingga akhirnya membawa kepada proses damai Timur Tengah dan huraian dua negara,” kata Encik Luxon.

Ini merupakan lawatan pertama Encik Luxon ke Singapura sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2023.

Beliau turut bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dengan kededua pemimpin memperkukuh semula hubungan rapat yang terjalin lama antara Singapura dengan New Zealand.

Mereka membincangkan bagaimana kededua negara harus bekerjasama untuk meneroka bidang kerjasama baru, termasuk membangunkan pasaran karbon yang dipercayai.

Tuan Presiden dan Encik Luxon juga bertukar pandangan tentang usaha kededua negara menaik taraf kehidupan golongan kurang bernasib baik.

Dalam pada itu, Encik Lee juga menekankan kepentingan negara kecil mengambil pendirian masing-masing dan menjelaskan perkara yang mereka anggap betul atau salah, serta apa yang mereka fikir akan membantu ke arah membangun konsensus global.

Ulasan dua pemimpin itu menyusuli serangan Iran ke atas wilayah Israel lewat 13 April, apabila ia melancarkan segerombolan dron dan peluru berpandu letupan sebagai tindak balas terhadap apa yang dianggap serangan Israel pada 1 April.

Serangan ke atas konsulat Damsyik, yang tidak disahkan atau dinafikan Israel, mengorbankan 12 nyawa termasuk dua komander kanan Pengawal Revolusi.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pada 14 April bahawa Singapura mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu.


Encik Lee menambah Singapura tidak mampu melakukan penyahglobalisasian dan perlu berdagang dan mencari rakan kongsi termasuk New Zealand.

Pada 15 April, kededua pemimpin mengumumkan bahawa Singapura dan New Zealand akan memulakan rundingan mengenai perjanjian perdagangan mengenai bekalan penting yang bertujuan mengurangkan gangguan semasa krisis.

Ini adalah sebahagian peluasan pada Kerjasama Dipertingkat antara kedua-dua negara yang akan menumpukan perhatian pada rantaian bekalan dan ketersambungan.

Sebelum perkembangan terkini itu, perjanjian kerjasama itu mempunyai lima tonggak meliputi bidang termasuk perdagangan, perubahan iklim, keselamatan, teknologi dan hubungan antara rakyat dengan rakyat.

Kerjasama itu ditandatangani pada 2019 secara bersama oleh Encik Lee dan Perdana Menteri New Zealand ketika itu, Cik Jacinda Ardern.

Encik Lee berkata bahawa sebagai negara kecil, Singapura dan New Zealand berkongsi pemahaman yang mendalam tentang kepentingan mengekalkan ketersambungan rantaian bekalan, terutamanya semasa krisis.

Beliau mengimbas kembali bagaimana kededua negara menyokong satu sama lain pada bulan-bulan awal pandemik Covid-19 apabila sempadan ditutup dan rantaian bekalan terganggu.

Pada masa itu, Singapura dan New Zealand menjalinkan kerjasama pengangkutan udara yang membawa 100 tan makanan dari New Zealand ke Singapura serta bekalan perubatan penting dari Singapura ke New Zealand.

Tonggak baru rantaian bekalan dan ketersambungan mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memastikan rantaian bekalan sentiasa terhubung dalam persekitaran global yang tidak menentu, jelas Encik Lee.


Singapura dan New Zealand juga menandatangani perjanjian mengenai invois elektronik, perdagangan bekalan penting serta usaha memudahkan perdagangan selamat dan cekap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >