Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PM Lee sanjung usaha mendiang Ch’ng Jit Koon hubungkan pemimpin dengan rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sanjung usaha mendiang Ch’ng Jit Koon hubungkan pemimpin dengan rakyat

Mantan menteri negara kanan meninggal dunia pada 1 Mac
Mar 02, 2024 | 12:51 PM



Mantan menteri negara kanan, Encik Ch’ng Jit Koon, yang meninggal dunia pada 1 Mac, merupakan individu yang perkenalkan idea lawatan para menteri, satu amalan yang masih diteruskan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sehingga ke hari ini, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Berkata demikian dalam catatan Facebooknya, Encik Lee berkata Encik Ch’ng telah menjalankan misi menghubungkan para pemimpin pemerintah dengan rakyat sepenuh hatinya.

Encik Ch’ng yang memulakan kerjaya politiknya pada 1968 dan merupakan antara kumpulan pertama kader PAP, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Menurut Encik Lee, beliau amat terharu di atas pemergian Encik Ch’ng Jit Koon.

“Jit Koon merupakan mantan Setiausaha Parlimen Kanan kepada Perdana Menteri, dan kemudian menjadi Menteri Negara dan Menteri Negara Kanan di Kementerian Pembangunan Masyarakat.

“Beliau ditugaskan untuk menghubungkan pemimpin pemerintah dengan rakyat, satu misi yang dijalankannya sepenuh hatinya.

“Malah Jit Koon yang mengetengahkan idea lawatan menteri, satu amalan yang masih diteruskan PAP sehingga ke hari ini,” tambahnya.

Dalam catatan tersebut, Encik Lee menganggap Encik Ch’ng sebagai seorang yang berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat Cina.

Encik Ch’ng juga bekerja keras untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat Cina, dan mengukuhkan identiti Cina dalam masyarakat berbilang budaya.

“Sepanjang 28 tahun menjadi Anggota Parlimen (AP), beliau mendedikasikan dirinya dengan menjaga penduduknya dan memperbaiki kehidupan mereka.

“Encik Lee Kuan Yew pernah menyatakan bahawa Jit Koon “sememangnya bertaraf pertama” dan memiliki “kemahiran keperibadian cemerlang”.

“Meskipun selepas bersara selaku AP pada 1996, beliau terus berhubungan dengan penduduk dan kekal wajah yang biasa di kawasan undi lamanya,” tambah Encik Lee.

Encik Lee menambah setiap kali bertemu, Encik Ch’ng akan memberikannya nasihat dan galakan.

“Saya terperanjat dan terdorong apabila beliau beritahu saya setahun dua yang lalu betapa gembiranya beliau kerana pemerintah sedang melakukan yang terbaik.

“Pembaharuan politik telah berhasil, dan pada usia senja, beliau berpeluang melihat kerjanya diteruskan dan dibina lama selepas beliau meninggalkan dunia politik,” tambah Encik Lee.

Dalam satu catatan berasingan, Presiden Tharman Shanmugaratnam pula melahirkan penghargaan tertingginya kepada Encik Ch’ng yang telah menyumbang kepada Singapura dengan rendah hati, berinteraksi dengan orang ramai daripada pelbagai latar belakang.

“Saya amat menghargai Ch’ng Jit Koon. Kali terakhir kami bertemu adalah 10 minggu lalu untuk majlis makan malam bersama satu kumpulan kecil yang telah menyumbang kepada pendidikan selama bertahun lamanya.

“Beliau dalam keadaan baik dan bersenda. Beliau bertegas untuk berjalan di belakang saya sedang kami menaiki anak tangga menuju ke restoran.

“Itulah Jit Koon. Merendah hati dan dihormati sehingga ke penghujungnya,” tambah Encik Tharman.

Encik Ch’ng telah berkhidmat selaku AP di Tiong Bahru selama lebih 20 tahun, sejak 1968 hingga 1991, dan kemudian di Bukit Merah pada 1991 hingga 1996.

Beliau juga penasihat kedua kepada akar umbi Tanjong Pagar bermula 1975 hingga 1996 dan berkhidmat selaku menteri negara kanan bagi pembangunan masyarakat bermula 1985 hingga 1991.

Pada 2015, Encik Ch’ng yang bersara dari politik pada 1996, merupakan salah seorang daripada enam penerima Darjah Utama Bakti Cemerlang (DSO) di majlis Anugerah Hari Kebangsaan.

Sumbangannya dalam kerja akar umbi selaku AP yang lama serta khidmatnya kepada masyarakat Cina, telah mendapat penghargaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >