Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Program lengkapi belia dengan kemahiran digital, keselamatan siber dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program lengkapi belia dengan kemahiran digital, keselamatan siber dilancar

Jan 20, 2024 | 08:36 PM



Satu program untuk melengkapkan belia dengan kemahiran digital dan keselamatan siber, dan sekaligus memperkasa mereka untuk menyumbang kepada pertahanan digital, telah rasmi dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, pada 20 Januari.

Program Sentinel, yang pertama kali dirintis oleh Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) pada 2022 di beberapa sekolah terpilih, kini akan ditawarkan kepada semua pelajar tahun pertama di sekolah menengah, maktab rendah (JC), politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Berucap semasa majlis pelancaran program tersebut di Politeknik Temasek (TP), Encik Zaqy berkata golongan belia memainkan peranan penting bersama pemerintah dalam mempertahan ruang digital Singapura.

“Tanggungjawab pertahanan digital tidak boleh sekadar terletak di bahu profesional keselamatan siber yang mapan semata-mata, sama ada mereka dalam pemerintah, ahli akademik atau industri teknologi yang lain.

“Tanpa belia kita hari ini memikul tanggungjawab untuk mempertahan ruang siber Singapura, kita tidak akan mempunyai teras pertahanan siber yang kuat pada masa akan datang untuk melindungi Singapura.

“Adalah penting untuk kita melabur dalam belia kita, yang akan mengambil alih peranan penting dalam mempertahan cara hidup digital kita,” kata Encik Zaqy.

Di bawah Program Sentinel, pelajar akan menjalani kurikulum yang menyeluruh untuk mempelajari kemahiran keselamatan siber dunia sebenar dalam topik seperti pemprograman web, forensik rangkaian dan ujian penembusan.

Pelajar juga akan mempunyai peluang untuk melawat agensi pertahanan, mengambil bahagian dalam latihan serta dibimbing oleh profesional keselamatan siber.

Dari segi prospek kerjaya, Encik Zaqy berkata Program Sentinel juga akan menggalak pelajar untuk mempertimbang bidang keselamatan siber sebagai laluan kerjaya yang berdaya maju dan bermakna.

“Sama ada mereka berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) atau dalam industri lain, kami ingin menyediakan platform dan peluang supaya anda boleh menjadi warga siber yang bermakna di Singapura, sama ada anda berkhidmat dalam SAF atau... sektor awam,” kata Encik Zaqy.

Semasa acara itu, Encik Zaqy turut menyampaikan anugerah kepada pasukan pemenang Cabaran Sentinel, dan pelajar berprestasi terbaik Program Sentinel perintis.

Cabaran Sentinel ialah pertandingan keselamatan siber antara sekolah, yang melibatkan pelajar daripada program perintis dan pelajar dari sekolah lain yang tidak termasuk dalam program perintis itu.

Melalui Cabaran Sentinel, pelajar diuji pengetahuan dan kemahiran keselamatan siber mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >