Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pusat Kejiranan Plantation Plaza dijangka beroperasi jelang suku kedua 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pusat Kejiranan Plantation Plaza dijangka beroperasi jelang suku kedua 2024

Mar 09, 2024 | 01:34 PM



Penduduk di kawasan Tengah dijangkakan mempunyai kemudahan komersial baru menjelang suku kedua 2024.

Menurut satu kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 9 Mac, Pusat Kejiranan Plantation Plaza yang disepadukan dengan blok kediaman di projek Bina Ikut Tempahan (BTO), Plantation Village, dijangkakan siap dan akan beroperasi secara progresif dari suku kedua 2024.

Pusat Kejiranan yang pertama di Tengah itu telah direka untuk menjadi destinasi sehenti bagi keperluan harian penduduk.

Pembangunan itu meliputi lebih 10,000 meter persegi ruang runcit merentasi lima tingkat.

Sebanyak 75 kedai, termasuk sebuah pasar raya, pusat makanan dan pelbagai pilihan menjamu selera, perkhidmatan dan rekreasi akan disediakan bagi memenuhi keperluan penduduk Tengah.     

Kedai-kedai pertama di Plantation Plaza – sebuah pasar raya dan pusat makanan yang dikendalikan oleh Giant dan Koufu – akan memulakan operasi secara progresif dari suku kedua 2024. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Estet) HDB, Encik Mike Chan, berkata:


“HDB menyedari bahawa pasar raya dan pusat makanan di Plantation Plaza ialah kemudahan utama yang para penduduk nantikan.


“Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan para penyewa ini – Giant dan Koufu – dalam perancangan ubah elok mereka untuk membantu mereka datang lebih awal dan mengambil ukuran, supaya mereka boleh memulakan kerja mereka sebaik sahaja Permit Penginapan Sementara (TOP) diperolehi.”   


Sebuah pusat beli-belah pejalan kaki yang terdiri daripada 14 kedai makan dan kedai runcit tambahan juga akan dibuka dan beroperasi di Blok 127A hingga 126A di Plantation Village. 

Kedai-kedai ini akan menyediakan penduduk dengan laluan pejalan kaki berbumbung dari rumah mereka ke stesen MRT masa depan di sepanjang Laluan Daerah Jurong. 

Para penduduk juga boleh menjangkakan lebih banyak kemudahan masyarakat di sepanjang Farmway, penghubung hijau yang merentas kawasan perumahan itu. Kemudahan itu termasuk taman permainan kanak-kanak bertema, sudut kecergasan orang dewasa, sudut kecergasan warga emas, gelanggang serba guna dan kawasan tempat duduk.  

Menurut HDB, para kontraktor telah mengutamakan kerja-kerja ke atas unit-unit kediaman, sebelum menumpukan perhatian mereka kepada kerja-kerja yang melibatkan pembinaan kemudahan di kawasan perumahan itu.

“Ia dilakukan sedemikian sebagai respons kepada maklum balas daripada majoriti pembeli flat, yang ingin menerima kunci mereka secepat mungkin supaya mereka boleh memulakan kerja pengubahsuaian mereka. 


“Oleh kerana Pusat Kejiranan itu bertujuan untuk penggunaan beberapa kawasan BTO, pembinaan Plantation Plaza telah siap pada masa yang sama dengan Plantation Grange, Plantation Acres, Plantation Village dan Plantation Grove,” kata HDB. 


HDB menambah bahawa majoriti kedai di Plantation Plaza dijangka beroperasi mulai pertengahan 2024.

 Pembinaan blok kediaman projek BTO ketiga di kawasan Tengah, Plantation Village, telah selesai pada hujung Januari.


Pada Januari, para penduduk di kawasan Tengah telah menikmati lebih ketersambungan dan kemudahan, dengan adanya dua perhentian bas baru yang menyediakan perkhidmatan bas diperluas di sepanjang laluan Bukit Batok Road ke Tengah Boulevard.


Selain itu, HDB turut menambah jumlah mesin menjual makanan di Blok 111A Plantation Acres, naik kepada lima daripada tiga secara keseluruhan.


Tiga mesin layan sendiri, yang menjual makanan panas, telah beroperasi sejak Disember 2023.


Pada Januari, dua mesin layan sendiri yang menjual snek dan minuman telah diletakkan di kawasan itu.


Sejak November 2023, HDB juga telah menyediakan perkhidmatan trak runcit mudah alih daripada NTUC FairPrice untuk membawa keperluan harian lebih dekat kepada penduduk.


Kemudahan-kemudahan itu adalah antara langkah sementara untuk memenuhi keperluan penduduk Tengah yang berpindah awal ke rumah BTO mereka, ketika bandar baru itu sedang dibentuk secara bertahap.


Kumpulan pertama pembeli telah mendapat kunci mereka pada Ogos 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >