Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Relawan masjid bantu sedia juadah iftar selama 10 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID JAMAE CHULIA

Relawan masjid bantu sedia juadah iftar selama 10 tahun

Faham belanja naik taraf Masjid Jamae Chulia besar; harap orang ramai beri sokongan
Apr 05, 2024 | 05:31 AM



Meskipun perjalanan dari rumah ke masjid mengambil masa hingga sejam, Encik Abdul Latiff Akbar Ali tidak pernah ambil pusing perihal tersebut. Beliau yang menetap di Jurong East akan datang ke masjid ini setiap hari, khususnya pada Ramadan ini, bermula dari 2 petang hingga 10 malam.

Sepanjang bulan puasa ini, Encik Abdul Latiff, 38 tahun, membantu menyediakan bubur masjid, selain mengagihkan makanan dan minuman lain, serta memastikan setiap jemaah berasa selesa beriftar/berbuka puasa di masjid yang terletak di South Bridge Road ini.

Encik Abdul Latiff, anak kelahiran Tamil Nadu, India, telah menjadi relawan masjid ini sejak 10 tahun lalu. Beliau yang juga merupakan cef masakan autentik India, menyifatkan Masjid Jamae Chulia sebagai warisan yang perlu dipelihara dengan baik agar dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

“Jika dihitung dalam sejarah, Masjid Jamae Chulia mempunyai tradisi yang kukuh, lebih 50 tahun dan dikenali ramai di Tamil Nadu, India. Sehingga hari ini, ikatan ukhuwah yang terjalin antara kededuanya mampu dikekalkan. Saya berasa beruntung kerana dapat mencurahkan bakti dan berkhidmat sebagai relawan di masjid yang bersejarah ini.

“Sepanjang 10 tahun menjadi sukarelawan di masjid ini, banyak kenangan indah yang saya alami. Antaranya, melihat sendiri kerja peningkatan yang dijalankan. Sewaktu Covid-19 melanda, kita harus mengekalkan jarak selamat. Namun yang paling manis adalah ketika bulan Ramadan dan setibanya Aidilfitri dan Aidiladha,” jelas bapa seorang anak lelaki berusia sembilan tahun ini.

KERJA PENINGKATAN PENUH BERMAKNA

Menurut Encik Abdul Latiff, kerja naik taraf yang baru dilaksanakan di Masjid Jamae Chulia ini bagai ‘mimpi indah jadi kenyataan’.


Kerja peningkatan masjid ini menelan belanja sehingga $3 juta dan jumlah terkumpul kini hanya mencapai $1.75 juta.

“Sebelum kerja naik taraf dilakukan, memang masjid ini sangat panas dan kurang pengudaraan. Ramai jemaah akan tergesa-gesa keluar atau pulang selesai solat. Ini mungkin kerana persekitaran yang berbahang. Namun kini, keadaan di dewan solat lebih kondusif. Dengan pemasangan alat penyaman udara, kita dapat melihat jemaah boleh beribadah dengan tenang dan tidak terburu-buru pulang.

“Saya faham kerja peningkatan ini memerlukan dana yang besar, dan sehingga kini pihak masjid masih lagi gigih mencari dana. Saya berharap ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan menyokong projek peningkatan masjid ini,” jelas Encik Abdul Latiff.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu pusat ibadah tertua di Singapura dan sokongan ramai amat dihargai.

Antara daya usaha masjid ini adalah menerapkan semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di sini. Antara program wakaf yang disediakan ialah wakaf bagi kamera litar tertutup (CCTV), wakaf ruang serba guna, wakaf bagi keperluan bilik darjah dan pelbagai lagi. Setiap wakaf yang diikrarkan bermula daripada $100 setiap satu.

“Dalam usaha kami mahu mencukupkan dana bagi projek peningkatan ini, semangat berwakaf kami galakkan dalam kalangan kita, khususnya pada Ramadan ini. Pihak kami masih kekurangan sebanyak $1.25 juta. Matlamat kami adalah mengumpul dana dan jumlah yang kami perlukan segera tercapai,” jelas Encik Rasheed Zaman lagi.

SUMBANGAN IKHLAS


Sumbangan ikhlas anda kepada Masjid Jamae Chulia boleh dibuat dengan:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan kirimkan melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >