Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Remaja 19 tahun antara 119 diberkas CNB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 19 tahun antara 119 diberkas CNB

Mar 04, 2024 | 04:15 PM



Remaja berusia 18 tahun adalah di antara 119 suspek yang diberkas dalam satu operasi di seluruh pulau.

Dalam operasi itu, dadah bernilai $343,000 telah dirampas.

Menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada 4 Mac, ia merampas kira-kira 1.9 kilogram heroin, 390 gram methamphetamine, atau ‘ice’, 453 gram ganja dan 8 gram ketamin.


Dadah yang dirampas juga termasuk 2 gram bahan psikoaktif baru, 82 tablet ecstasy, dua pil erimin-5, sembilan setem LSD, dan 1 gram kokain, menurut kenyataan yang sama.


Bahan psikoaktif baru adalah pelbagai jenis dadah yang direka untuk meniru dadah terlarang seperti ganja, kokain dan LSD.

Menurut laporan The Straits Times, operasi itu dijalankan di kawasan seperti Clementi, Geylang, Punggol, Sembawang, Tampines, dan Woodlands antara 19 Februari dengan 29 Februari 2024.


Turut ditahan ialah seorang penagih dadah berusia 19 tahun yang didakwa telah menyerang seorang pegawai wanita CNB dengan pisau pada 19 Februari dalam usaha untuk mengelak daripada ditangkap.

Remaja berusia 19 tahun itu bersembunyi di sebalik langsir di bilik tidur utama apabila pegawai CNB pergi ke flat tersebut.

Dia kemudian meluru ke arah pegawai wanita itu dengan pisau.

Pegawai itu dapat melucutkan senjata dan menahan remaja itu tanpa menyebabkan kecederaan.

Dia kini disiasat kerana ugutan jenayah, di samping kesalahan dadah.

Pada 21 Februari, empat lelaki warga Singapura yang berusia antara 58 dengan 69 tahun diberkas kerana disyaki mengedar dadah selepas pegawai CNB menyerbu sebuah rumah di Clementi Avenue 2 dan mendapati sejumlah besar heroin, ice dan perlengkapan dadah.

Pada 22 Februari, seorang lelaki berusia 23 tahun dan wanita berusia 18 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah melalui Telegram di Edgefield Plains.

Pil ice dan ecstasy ditemui di rumahnya, bersama dengan baton dan penumbuk buku jari, atau knuckle duster, di dalam keretanya, manakala sejumlah kecil ice telah dirampas dari rumah wanita itu di Aljunied Crescent.


Suspek yang didapati bersalah mengedar dadah boleh dikenakan hukuman mati mandatori kerana mengedar lebih daripada 15 gram diamorphine atau heroin tulen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >