Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

RSAF bakal dapat Panglima Tentera Udara baru pada 22 Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF bakal dapat Panglima Tentera Udara baru pada 22 Mac

Feb 19, 2024 | 06:03 PM



Brigedier Jeneral (BG), Kelvin Fan Sui Siong, akan menggantikan Mejar Jeneral (MG), Kelvin Khong Boon Leong, sebagai Panglima Tentera Udara pada 22 Mac.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 19 Februari, perubahan tersebut adalah sebahagian daripada proses berterusan pembaharuan kepimpinan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

“Perancangan masa depan MG Khong sedang dimuktamadkan,” tambah kenyataan itu.

BG Fan, 44 tahun, kini sedang berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha untuk Dasar di Mindef.

Beliau menyertai SAF pada 1998 dan telah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dan kakitangan dalam Mindef dan SAF.

Ini termasuk berkhidmat sebagai Komander Skuadron 163, Ketua Rancangan Udara, Pengarah Pejabat Dasar Pertahanan, Ketua Operasi Udara, Komander Pertahanan Udara dan Operasi Komand, dan Ketua Turus Udara.

Beliau juga menerajui kempen yang memperingati ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak dan latihan Pertahanan Mutlak, Latihan SG Bersedia, yang julung-julung kali dianjurkan pada 2024.

Mindef mengucapkan terima kasih kepada MG Khong, yang dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada 22 Mac 2019, atas “kepimpinan dan khidmat cemerlang” kepada Mindef dan SAF.

“Di bawah pengawasannya, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi untuk menjaga kedaulatan Singapura, serta mencapai kejayaan operasi merentasi pelbagai misi,” kata Mindef.

MG Khong turut mengetuai RSAF dalam misi kemanusiaan dan bantuan bencana, seperti penghantaran bantuan untuk Gaza dan operasi pengangkutan udara bagi memindahkan mangsa warga Afghanistan dari Qatar ke Jerman.

MG Khong, 48 tahun, menyertai RSAF pada 1995 dan menerima Biasiswa (Luar Negara) SAF.

Beliau jalani latihan sebagai juruterbang F-15SG, dan menjadi Komander Skuadron 149, iaitu skuadron F-15SG pertama Singapura.

MG Khong turut menyandang beberapa jawatan kepimpinan kanan dan kakitangan sepanjang kerjayanya, termasuk Ketua Rancangan Udara, Ketua Operasi Udara, Komander Komand Pertempuran Udara, dan Ketua Turus Udara.

Beliau juga menjadi pengerusi jawatankuasa RSAF yang menganjurkan pelbagai acara meraikan ulang tahun RSAF ke-50 pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >