Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sambutan ke atas ‘Urban Hawker’ di New York masih kukuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan ke atas ‘Urban Hawker’ di New York masih kukuh

Pengasas KF Seetoh rancang bawa konsep penjaja S’pura ke kota utama lain
Dec 15, 2023 | 07:54 PM



Sambutan terhadap pusat makanan Urban Hawker di bandar New York City (NYC) masih kukuh meskipun ia tidak setinggi apabila pusat makan itu baru dibuka pada September 2022.


Malah, pengasasnya, cef dan usahawan warga Singapura, Encik KF Seetoh, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa beliau sedang meneroka beberapa projek susulan di beberapa bandar utama dan akan mendedahkan butiran lanjut dalam masa terdekat.


Urban Hawker ialah pusat makanan berkonsepkan penjaja di Singapura dan yang pertama seumpamanya di Amerika Syarikat.


Ia dibangunkan hasil kerjasama syarikat setempat MakanSutra yang diasaskan Encik Seetoh, dan syarikat Amerika, Urbanspace.

Ia menghimpunkan lebih daripada 10 penjaja yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dari Singapura dan terletak berdekatan Times Square, kawasan ikonik di NYC yang sentiasa dipenuhi pengunjung.

Encik Seetoh, yang juga kurator pusat makanan itu, berkata walaupun sambutan agak mendatar sejak kebelakangan ini berbanding beberapa bulan semasa pembukaan pusat makan itu, jumlah pengunjung masih kekal stabil.

Beliau menyifatkan harga berpatutan yang ditawarkan penjaja di Urban Hawker, yang katanya adalah “dalam kadar pasaran seperti jiran dan pesaing” terdekat, sebagai antara daya tarikan bagi pengunjung.


Ini di samping kepelbagaian jenis hidangan yang disajikan.

“Kami masih dapati ramai pengunjung (yang datang) dari pejabat, rumah-rumah dan pelancong di daerah berdekatan,” katanya.

Encik Seetoh turut menjelaskan ia sememangnya tidak “masuk akal” untuk membandingkan harga sajian yang ditawarkan di sana dengan “makanan terkurang harga” atau underpriced bagi pusat makanan di Singapura.


“(Harga makanan sedemikian) terlalu murah untuk bandar paling mahal di dunia (iaitu Singapura).

“Oleh sebab itu, ia sebenarnya masuk akal untuk tawarkan (makanan ini) di bandar yang menghormati kraf pembuatan makanan sedemikian dan membayar kadar pasaran baginya,” tambah beliau.

Sungguhpun begitu, sambutan stabil bagi Urban Hawker tidak dirasai Ashes Burnnit, salah satu penjaja di sana.


Gerai makanan Barat di Urban Hawker itu, satu-satunya cawangan di Amerika yang dimiliki oleh Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee, pada September telah menggulung tikar.


Dalam laporan BH pada November, Encik Lee berkata keadaan ekonomi yang tidak menentu serta cabaran mendapatkan visa pekerjaan antara faktor beliau terpaksa menutup cawangannya di New York.

Lagi enam cawangan Ashes Burnnit – yang terkenal dengan sajian burger – di Singapura masih beroperasi seperti biasa.

Menyentuh tentang penutupan cawangan Ashes Burnnit di Urban Hawker, Encik Seetoh berkata agak payah menjual burger di NYC kerana bandar tersebut sinonim dengan gerai-gerai burger.


Encik Seetoh berkata keunikan yang Ashes Burnnit tawarkan adalah burger halal dari Singapura dan respons terhadapnya disifatkan beliau sebagai “suam-suam suku”.

“Kami menasihatkan mereka untuk tukar kepada burger dengan ‘perisa’ Singapura seperti ayam penyet, rendang dan varian roti john mereka yang laris.

“Tetapi hakikatnya, menjual burger di NYC sememangnya mencabar,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >