Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sistem penjagaan kesihatan S’pura mampu serap impak Covid-19: Ye Kung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem penjagaan kesihatan S’pura mampu serap impak Covid-19: Ye Kung

Dec 22, 2023 | 07:59 PM



Di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menekankan bahawa sistem penjagaan kesihatan Singapura pada masa ini mampu menyerap impak virus itu tanpa memerlukan langkah pencegahan yang dipertingkat.

Bercakap semasa pembukaan Hospital Woodlands Health pada 22 Disember, beliau menekankan daya tahan sistem penjagaan kesihatan Singapura meskipun kes Covid-19 kian meningkat.

Kementerian Kesihatan (MOH) telah memantau dengan teliti keadaan dan mendapati jumlah jangkitan mungkin mencapai kemuncaknya tidak lama lagi, kata Encik Ong.

Walaupun purata pergerakan tujuh hari menunjukkan 6,060 jangkitan pada 20 Disember, ia turun daripada paras tertinggi 7,870 pada 12 Disember, bilangan orang yang sakit teruk selepas dijangkiti virus itu terus meningkat.

“Walaupun 600 hingga 700 katil hospital yang kini terisi oleh pesakit Covid-19 memberi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan Singapura yang kukuh dengan 10,000 katil, tidak terdapat keperluan mewajibkan pemakaian pelitup,” kata Encik Ong.

Namun, beliau menekankan kepentingan tanggungjawab individu agar memakai pelitup muka dan duduk di rumah ketika sakit serta mendapatkan suntikan vaksin terutama bagi warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit asas.

Mengenai vaksinasi, Encik Ong menyatakan bahawa “kita memerlukan strategi baru”.

“Kami masih mempunyai beberapa ratus klinik perubatan umum (GP) yang menyediakan khidmat vaksinasi Covid-19 dan kami perlu berusaha meningkatkan jumlah itu pada masa depan,” jelasnya.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk menghargai sumbangan kakitangan penjagaan kesihatan yang telah memainkan peranan penting dalam tindak balas Covid-19 negara.

Beliau yakin bahawa dengan usaha kolektif masyarakat dan profesional penjagaan kesihatan, negara ini akan dapat terus mengharungi wabak itu dengan berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >