Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura biaya kajian kesan dadah ke atas masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura biaya kajian kesan dadah ke atas masyarakat

Kajian bantu bangun strategi
tangani kemudaratan dadah, diserah kepada PBB
Mar 20, 2024 | 03:41 PM



Singapura akan membiayai kajian tentang kesan penggunaan dadah terlarang ke atas masyarakat untuk meningkatkan pemahaman tentang masalah dadah dunia, dan membantu dalam membangunkan strategi bagi menangani kemudaratannya.

Hasil kajian itu akan dimuatkan dalam Laporan Dadah Dunia 2025, yang diterbitkan badan penggubal dasar dadah utama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND).

Bercakap di Vienna, Austria pada sesi ke-67 CND, Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata terdapat keperluan untuk penyelesaian kolektif yang tegas, berasaskan bukti di tengah-tengah isu dadah yang semakin buruk di rantau ini dan di seluruh dunia.

“Di Asia Timur dan Tenggara, kita telah melihat peningkatan dalam pengeluaran dan pengedaran dadah sintetik, dalam dekad yang lalu, khususnya methamphetamine.


“Pengilangan dan pengedaran dadah terlarang di rantau ‘Segi Tiga Emas’ telah meningkat dengan ketara, apabila kumpulan jenayah terancang transnasional berkembang dan menguasai pasaran bekalan dadah,” kata Cik Teo.

Beliau menambah bahawa Singapura prihatin dengan perkembangan sedemikian.

‘Segi Tiga Emas’ adalah kawasan yang terletak di sempadan Thailand, Myanmar dan Laos.

Laporan 2023 PBB telah memberi amaran bahawa bekalan dadah sintetik di rantau ini berada pada tahap melampau, dengan rampasan methamphetamine, juga dikenali sebagai ‘Ice’, mencecah hampir 151 tan pada 2022 – kembali ke tahap prapandemik di rantau ini.


Singapura akan menyumbang kepada usaha memerangi masalah dadah sejagat, melalui wacana dasar dan perkongsian kepakaran saintifik, kata Cik Teo di majlis yang berlangsung dari 14 hingga 22 Mac.

“Menangani masalah dadah dunia adalah tanggungjawab bersama, dengan masyarakat antarabangsa mesti bekerjasama untuk menanganinya,” kata beliau.

Beliau menambah bahawa Singapura tetap yakin mencecah bahayanya menjadi kunci ke arah strategi kawalan dadah yang berkesan.

“Strategi pencegahan yang berkesan membantu menghentikan penyalahgunaan dadah dan kemudaratannya, daripada berakar umbi dalam masyarakat kita, yang sebaliknya akan mengatasi sumber penguatkuasaan dan pemulihan,” katanya.

Singapura telah dipilih sebagai anggota CND untuk penggal empat tahun dari 2024 hingga 2027, setelah menjadi pemerhati sejak 1997.

Sebagai badan penggubal dasar dadah PBB, CND bermesyuarat setiap tahun untuk membincangkan masalah dadah dunia, membangunkan strategi kawalan dadah antarabangsa dan mengesyorkan langkah kepada pemerintah untuk menangani masalah tersebut.

Para pegawai dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Ehwal Luar, dan dari Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), turut hadir di majlis itu.

Di Singapura, CNB mengeluarkan angka pada Februari yang menunjukkan bahawa lebih separuh daripada penyalah guna dadah baru yang ditahan pada 2023 berusia di bawah 30 tahun. Penyalah guna termuda baru pula berusia 14 tahun.

Methamphetamine, heroin dan ganja adalah tiga jenis dadah yang paling kerap disalahguna, dengan 94 peratus daripada penyalah guna dadah ditangkap menyalahgunakan sekurang-kurangnya satu daripada dadah itu.


Angka yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Penjara Singapura menunjukkan bahawa bilangan banduan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) Singapura, berada pada tahap tertinggi sejak 2008.

Terdapat 3,981 banduan DRC pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >