Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura, Indo pertingkat kerjasama manfaatkan huraian digital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Indo pertingkat kerjasama manfaatkan huraian digital

Feb 01, 2024 | 06:38 PM



Satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Singapura dengan Indonesia untuk memperdalam kerjasama dua hala bagi memanfaatkan penyelesaian digital dan memupuk inovasi digital, kata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada 1 Februari.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dan Menteri Komunikasi dan Informatik Indonesia, Encik Budi Arie Setiadi, di luar Mesyuarat Menteri Digital Asean (ADGMIN) keempat yang diadakan di Hotel Shangri-La.

Ini adalah kali pertama selepas 11 tahun Singapura menjadi tuan rumah kepada menteri yang menyelia portfolio digital.

MCI berkata MOU itu melibatkan kerjasama erat dalam transformasi digital antara MCI dengan Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia.

“MOU ini menggariskan komitmen kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang telah terjalin lama melalui bidang kerjasama baru, termasuk dalam bidang digital.

“Sebagai sebahagian daripada kegiatan di bawah MOU ini, MCI dan Kominfo akan berusaha meneroka inisiatif kerjasama dua hala yang akan memupuk inovasi digital dan seterusnya membina asas Asia Tenggara yang lebih terhubung secara digital,” kata MCI.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap MCI, Encik Joseph Leong, dan Setiausaha Agung Kominfo, Cik Mira Tayyiba.

Di bawah perjanjian itu, kedua-dua negara akan bekerjasama dalam bidang seperti data, prasarana digital, bakat teknologi dan syarikat pemula digital.

“Perjanjian itu membuka jalan kepada daya utama bersama untuk memastikan pergerakan data yang selamat dan cekap antara kedua-dua negara dan di rantau ini.

“Kedua-dua negara akan bekerjasama untuk mengukuhkan dan memastikan prasarana yang teguh dan selamat untuk menyokong landskap digital yang berkembang,” kata MCI.

MCI menambah bahawa sebuah kumpulan kerja juga akan dibentuk di bawah jawatankuasa itu bagi membolehkan kedua-dua negara mengadakan mesyuarat tetap dan bertindak dengan lebih cepat terhadap cabaran dan peluang yang berkembang dalam alam digital.

Kedua-dua negara juga akan bekerjasama untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan digital untuk membina tenaga kerja mahir yang dilengkapi untuk permintaan ekonomi digital.

Secara berasingan, satu panduan bersama yang bertujuan memudahkan persefahaman antara perniagaan Asean dengan EU dan menyelaraskan proses untuk aliran data rentas sempadan turut dilancarkan pada 1 Februari.

Dinamakan sebagai Panduan Bersama Fasal-fasal Kontraktual Model Asean dan Fasal-fasal Standard EU, panduan itu akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan juga syarikat lebih kecil daripada terlibat dalam rundingan kontrak yang panjang mengenai aliran data rentas sempadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >