Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura kekal sebagai negara selamat, aman: MHA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura kekal sebagai negara selamat, aman: MHA

Namun kes dadah libat pesalah baru, penipuan yang meningkat jadi kebimbangan
Feb 13, 2024 | 07:14 PM



Singapura dapat mengekalkan status sebagai negara yang selamat dan aman pada 2023, namun peningkatan kes salah guna dadah dan penipuan merupakan antara kebimbangan pihak berkuasa.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan demikian pada 13 Februari, ketika memberi gambaran keseluruhan keadaan keselamatan negara ini bagi 2023, menjelang laporan statistik tahunan yang bakal dikeluarkan jabatan Home Team beberapa minggu akan datang.

Menurut MHA, Singapura terus berada di kedudukan antara tiga negara teratas bagi “Ketenteraman dan Keselamatan” dalam Indeks Kedaulatan Undang-undang 2023 yang disusun oleh Projek Keadilan Dunia (WJP). Ini menandakan tahun ketujuh berturut-turut Singapura mencapai kejayaan ini.

Usaha Pasukan Home Team telah menyaksikan “sedikit kemerosotan” dalam kes jenayah fizikal, walaupun masih terdapat kebimbangan terhadap kes kecurian kedai, kecurian dalam kediaman, kes mencabul kehormatan, antara lain.

Antara kemajuan lain termasuk kemerosotan bilangan panggilan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan peningkatan ketara dalam jumlah pengunjung pada 2023, yang hampir dua kali ganda berbanding 2022.

Dalam laporan statistik tahunannya pada 2023, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata terdapat hampir 193 juta pengunjung yang melepasi pusat pemeriksaan pada 2023, meningkat daripada sekitar 105 juta pengunjung pada tahun 2022.

Kementerian itu turut melaporkan bahawa kadar residivisme (mengulangi kesalahan jenayah lalu), bagi tempoh dua tahun kekal rendah, dan ia terus menjadi antara yang terendah di peringkat sejagat.

Lebih ketara lagi, kadar lima tahun bagi kohort yang dibebaskan pada 2018 jatuh kepada 36.8 peratus – “paling rendah” yang pernah dicatatkan, tambah MHA.

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG), bersama agensi dan rakan kongsi masyarakat lain, terus menyokong bekas pesalah, menyumbang kepada trend positif ini.

Bilangan majikan yang bersedia mengambil bekas pesalah juga meningkat daripada 6,265 pada 2022 kepada 6,516 pada 2023.

“SPS dan YRSG akan terus bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB), agensi pemerintah lain, rakan kongsi masyarakat, majikan dan keluarga, bagi memastikan ekosistem sokongan yang berkesan dan mampan dalam masyarakat untuk menangani residivisme, termasuk kes penyalahgunaan dadah berulang,” kata MHA.

Walaupun terdapat kemajuan, MHA berkata peningkatan kes penyalahgunaan dadah pada 2023 masih merupakan satu kebimbangan.

Peningkatan ini disebabkan peningkatan dalam pesalah pengguna dadah baru, dengan lebih separuh di bawah usia 30 tahun.

MHA berkata situasi dadah global mendatangkan pelbagai cabaran, dengan pengeluaran dan pengedaran dadah, terutama ganja, semakin giat.

Jarak negara ini dengan wilayah pengeluar dadah utama serta perubahan sikap global terhadap penggunaan dadah juga telah meningkatkan kerentanan belia Singapura. 

“Pengaruh sikap yang semakin permisif terhadap anak muda Singapura, disokong oleh maklumat yang salah tentang bahaya dadah… menjadikan kita sangat terdedah,” tambah MHA.

Namun, MHA menegaskan bahawa CNB akan terus menggiatkan usaha menumpaskan sindiket dadah, termasuk yang mengedar melalui platform mesej sulit, selepas ia berjaya membongkar 25 sindiket dadah pada 2023.

Kementerian itu turut mendedahkan bahawa jenis penipuan teratas pada 2023 ialah penipuan pekerjaan, penipuan e-dagang, penipuan panggilan rakan palsu, penipuan pancingan data dan penipuan pelaburan.

Penipuan daripada perisian hasad juga muncul sebagai kebimbangan pada 2023.

“Pasukan Polis Singapura akan terus bekerjasama dengan agensi pemerintah lain dan rakan kongsi masyarakat untuk melibatkan dan mendidik orang ramai mengenai penipuan, untuk meningkatkan kewaspadaan dan daya tahan mereka,” kata MHA. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >