Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tekad baiki diri, pelajar Sekolah Penjara raih 4 kepujian dalam GCE ‘N’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad baiki diri, pelajar Sekolah Penjara raih 4 kepujian dalam GCE ‘N’

Dec 20, 2023 | 04:04 PM



Nabil, bukan nama sebenar, menghabiskan sebahagian besar usia dua puluhannya di penjara kerana kesalahan berkaitan dadah.

Kini, pada usia 30 tahun, dia sedang menjalani hukuman keduanya selama lima tahun dan lapan bulan.

Walaupun telah meninggalkan bangku sekolah selama 15 tahun, Nabil sedar bahawa dengan melanjutkan pelajaran, dia dapat membebaskan dirinya daripada kancah dadah.

Dengan keinginan untuk menyambung pelajaran dan membaiki diri dari segi akademik, Nabil telah mendaftarkan dirinya ke Sekolah Penjara yang terletak di premis Institusi Tanah Merah 1 (dahulunya dikenali sebagai Penjara Tanah Merah).

Berkat dorongan dan sokongan yang diberikan rakan sekelas dan guru di Sekolah Penjara serta ketabahan diri untuk berubah, Nabil berjaya mendapat markah kepujian dalam empat subjek, serta gred A1 dalam Matematik. Ini menjadikannya antara dua pelajar terbaik Sekolah Penjara bagi Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat Normal (Akademik).

Setiap tahun, lebih 450 banduan melanjutkan pelajaran di Sekolah Penjara. Sekolah itu mengadakan kelas akademik untuk pelbagai peringkat, termasuk kursus Literasi dan Numerasi, GCE peringkat Normal (Akademik), Normal (Teknikal), ‘O’ dan ‘A’.

Kurikulum Sekolah Penjara diringkaskan supaya pelajar dapat menyelesaikan tahap kursus mereka semasa tempoh penjara mereka, kecuali pelajar GCE peringkat ‘A’ yang mempunyai pilihan untuk menyelesaikan kursus pengajian mereka selama tempoh satu atau dua tahun.

Seramai 13 daripada 14 calon banduan yang mengambil peperiksaan GCE peringkat Normal (Akademik) pada 2023 menerima sijil mereka, begitu juga 32 daripada 33 yang mengambil peperiksaan GCE peringkat Normal (Teknikal), menurut kenyataan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pada 19 Disember.

Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan pada 18 Disember 2023, 71.4 peratus pelajar aliran Normal (Akademik) dan 78.8 peratus pelajar aliran Normal (Teknikal) memenuhi syarat kemasukan untuk kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Nabil pula akan melanjutkan pengajiannya ke GCE peringkat ‘O’ pada 2024 di Sekolah Penjara.

“Terus kejar pendidikan kerana ia adalah kunci kejayaan. Jangan sesekali berputus asa dan terus meningkatkan kemahiran anda tanpa mengira umur. Apabila saya dibebaskan, saya akan bekerja keras untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik”, kongsi Nabil.

Matlamatnya adalah untuk menamatkan GCE peringkat ‘A’ di Sekolah Penjara sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah selepas dia dijadualkan dibebaskan pada 2025.

Walaupun dia berasa bahawa kesilapannya telah membuatkan ibu bapanya hilang kepercayaan terhadapnya, Nabil berharap agar pencapaian akademiknya akan membuat mereka bangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >