Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

TP kesan lebih 800 kesalahan pecut sejak kamera lampu merah diaktif 1 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TP kesan lebih 800 kesalahan pecut sejak kamera lampu merah diaktif 1 Apr

Apr 29, 2024 | 07:52 PM



Dalam jangka masa tiga minggu, lebih 800 kesalahan ekoran memecut telah dikesan oleh fungsi penguatkuasaan kelajuan yang dipasang dalam kamera lampu merah.

Polis Trafik (TP) telah secara progresif mengaktifkan fungsi dalam kamera lampu merah di seluruh negara sejak 1 April, dan jumlah tersebut telah diperoleh sehingga 21 April. 

Kamera lampu merah kini dipasang dengan fungsi penguatkuasaan kelajuan, namun ia diaktifkan hanya selepas jumlah kemalangan maut berkaitan kesalahan memecut meningkat kepada 33 kes pada 2023, kenaikan lebih 80 peratus berbanding 18 kes pada 2022.

Bercakap kepada media di ibu pejabat TP di Ubi pada 29 April, Timbalan Superintendan Polis (DSP) William Foo, pegawai bertanggungjawab bagi Unit Kamera Pengawasan TP, berkata pengaktifan fungsi itu telah memperluas rangkaian peralatan penguatkuasaan TP terhadap mereka yang melanggar had kelajuan.

Kamera lampu merah menggunakan gelung pengesan atau ‘detector loops’, bagi mencipta gelombang elektromagnet apabila diaktifkan. 

Kesalahan memecut akan dikesan apabila kenderaan melepasi gelung tersebut. 

DSP Foo berkata: “Sejak ia beroperasi pada 1 April 2024, kamera itu telah mengesan lebih 800 pelanggaran kelajuan. Ini satu perkara yang membimbangkan. 

“Kami akan terus mempertingkat penguatkuasaan kami dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemandu ingkar yang memilih untuk melanggar peraturan jalan raya.”

DSP Foo menambah, TP menggunakan sekurang-kurangnya enam jenis kamera berbeza untuk mengesan kesalahan pemandu yang memecut, yang biasanya diproses dalam masa dua hingga tiga minggu.

Apabila kamera mengesan kesalahan memandu memecut, pegawai TP akan menyemaknya secara manual untuk mengesahkan kesahihan dan ketepatannya sebelum laporan kesalahan dibuat.

Notis Kesalahan Lalu Lintas kemudian boleh dikeluarkan dan dihantar kepada pesalah, bergantung kepada siasatan.

Rayuan dikendalikan oleh pasukan berbeza.

Bagi kes lebih serius, pesalah boleh diberkas, didakwa di mahkamah, dan lesennya digantung serta-merta.

DSP Foo berkata, TP menjalankan operasi ini dengan kerap, dan kesalahan mungkin dikesan oleh kamera atau semasa penyiasatan.

Perangkaan tahunan yang dikeluarkan TP pada Februari menunjukkan kematian jalan raya meningkat 25.9 peratus kepada 136 kes pada 2023, berbanding 108 kes pada 2022.

Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak 2016, apabila terdapat 141 kematian. Ia juga melebihi jumlah pra-Covid-19 iaitu 118 kematian pada 2019.

Laporan itu juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah kemalangan maut melibatkan kesalahan memecut, memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar isyarat lampu merah.

Penunggang dan pembonceng motosikal membentuk separuh daripada semua kematian jalan raya, manakala pejalan kaki warga emas membentuk hampir 20 peratus.

TP berkata terdapat peningkatan ketara dalam bilangan kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pemandu meninjau sekeliling dengan baik, mengawal kenderaan dengan betul atau menukar lorong dengan cuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >