Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Wanita didakwa fitnah susulan laporan palsu tentang keguguran di KKH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita didakwa fitnah susulan laporan palsu tentang keguguran di KKH

May 05, 2024 | 07:25 PM



Seorang wanita berusia 27 tahun akan didakwa di mahkamah pada 6 Mei atas tuduhan fitnah yang berkaitan dengan penerbitan satu laporan di dalam talian pada 2022, yang mengandungi dakwaan palsu tentang kejadian keguguran di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Menerusi satu kenyataan pada 5 Mei, polis berkata KKH telah membuat laporan polis berhubung rencana bertajuk The baby is probably dead Woman shares a harrowing account of her miscarriage at KKH A&E (Bayi itu mungkin telah meninggal dunia – wanita kongsi pengalaman menyedihkan tentang keguguran kandungannya di A&E KKH) yang diterbitkan di laman berita alternatif, Wake Up, Singapore (WUSG), serta laman Facebook dan Instagram mereka pada 25 Mac 2022.


Laporan tersebut mendakwa bahawa tindakan salah urus perkhidmatan penjagaan kesihatan KKH telah menyebabkan seorang pesakit mengalami keguguran selepas beliau perlu menunggu selama empat jam bagi rawatan Covid-19 dan sakit perut di jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) hospital itu pada 28 Februari 2022.

Polis berkata pihaknya telah merujuk dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) setelah menerima laporan polis KKH dan kemudian menyiasat perkara itu.

Menurut polis, siasatan menunjukkan bahawa wanita itu didakwa telah menghantar mesej daripada akaun Instagramnya kepada akaun Instagram WUSG dan berkongsi butiran tentang bagaimana beliau mengalami keguguran di KKH.

Siasatan lanjut mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak benar.

Wanita itu merupakan individu kedua yang didakwa atas tuduhan fitnah dalam kes ini.

Pada 24 April, lelaki yang didakwa pentadbir laman WUSG, Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, 26 tahun, telah didakwa atas tuduhan memfitnah kerana terlibat dalam penerbitan berita palsu itu.

Ariffin didakwa telah menerbitkan laporan yang mengandungi dakwaan palsu itu pada Mac 2022.

Ariffin, yang menghadapi satu tuduhan memfitnah, tidak membuat pengakuan di mahkamah pada 24 April. Kesnya akan dibicarakan semula pada 24 Mei.

Pada Mac 2022, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada WUSG kerana menerbitkan cerita palsu itu.

Notis pembetulan telah diterbitkan pada akaun Facebook dan Instagram laman berita alternatif itu pada 27 Mac 2022.

Jika didapati bersalah kerana memfitnah, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >