Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wanita tipu MSF $3,800 dijel 7 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tipu MSF $3,800 dijel 7 bulan

Feb 28, 2024 | 03:41 PM



Wanita yang menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebanyak $3,800 dalam bentuk bantuan kewangan dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan pada 28 Februari.

Nurkaziemah Karim, 32 tahun, telah berulang kali menyalahgunakan dua skim sokongan kewangan yang telah disediakan oleh pemerintah untuk menangani kesan pandemik Covid-19.

Dia telah membayar semula jumlah penuh kepada MSF.

Menurut laporan The Straits Times, pada 19 Februari, Nurkaziemah mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu sebanyak $2,600 dan satu tuduhan pemalsuan.

Lima tuduhan lain, termasuk dua tuduhan menipu dikaitkan dengan baki $1,200, telah dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Nurkaziemah telah menyalahgunakan Dana Bantuan Sementara (TRF) dan Geran Pemulihan Covid-19 (CRG).


Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kathy Chu berkata, pemohon TRF yang layak telah menerima bayaran sekali sahaja sebanyak $500.

Ini diberikan kepada mereka yang, antara lain, telah diberhentikan kerja atau hilang sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan akibat Covid-19, selepas 23 Januari 2020.

Pemohon CRG yang berjaya pula telah menerima tiga bayaran bulanan sehingga $700 setiap satu.

Pemohon terpaksa menganggur kerana pemberhentian kerja atau penamatan kontrak secara tidak sukarela pada masa permohonan.

Pada atau sekitar 30 September 2021, Nurkaziemah memalsukan surat pelepasan yang mengandungi kepala surat Sin Chew Woodpaq, mendakwa bahawa pekerjaannya dengan syarikat itu telah ditamatkan kerana penstrukturan semula.

Dia kemudian melampirkan dokumen palsu itu dalam permohonan lain untuk CRG.

Kesalahan itu terbongkar apabila pengurus HR menerima panggilan daripada MSF dan mendapati Nurkaziemah telah memalsukan surat penamatan perkhidmatan. Polis telah dimaklumkan pada 15 Oktober 2021.

Bagi setiap pertuduhan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >