Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ye Kung hargai jasa Chan Yeng Kit tangani isu kesihatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung hargai jasa Chan Yeng Kit tangani isu kesihatan

Apr 08, 2024 | 09:13 PM



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menghargai segala sumbangan Setiausaha Tetap (Kesihatan), Encik Chan Yeng Kit, kepada Kementerian Kesihatan (MOH) khususnya pada saat Singapura mengharungi pandemik Covid-19 yang mencabar.

Dalam hantaran Facebook pada 8 April, Encik Ong yang mengulas pelantikan Encik Chan yang dipinjamkan ke SPH Media sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) lantas akan meninggalkan MOH pada 15 Julai, menulis:

“Yeng Kit adalah rakan sekerja yang rapat dan saya ingin menulis pos ini bagi merakam sumbangannya kepada MOH dan sebagai tanda terima kasih kerana banyak membantu saya.”

Menurutnya, pandemik Covid-19 melanda sebulan selepas Encik Chan dipindahkan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) ke MOH pada Disember 2019.

Encik Chan, jelasnya, kadangkala berseloroh bahawa dirinya kemungkinan membawa musibah buat MOH. Namun bagi Encik Ong, Encik Chan tiba ke MOH tepat pada masa khidmatnya amat diperlukan.

“Yeng Kit mengetuai pasukan MOH dalam melaksanakan banyak tugasan secara senyap di balik tabir, yang saya tidak akan jelaskan lebih lanjut secara terperinci.

“Namun, tugasan ini adalah bebanan kerja yang besar dalam bidang perancangan, pelaksanaan dan pengumpulan data untuk memahami keadaan dan perkara lain.

“Beliau tidak banyak bercakap sewaktu mesyuarat kerana sumbangannya adalah di balik tabir dan tanpanya, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian tidak dapat berfungsi,” tambah Encik Ong.

Encik Ong juga menambah beliau mendapatkan bantuan Encik Chan dan pasukannya sekali lagi di kala perlu menangani cabaran penduduk yang semakin menua.

Bagi Encik Ong dan MOH, mereka tahu perubahan agak asas terhadap sistem jagaan kesihatan diperlukan bagi mempersiapkan Singapura untuk masa depan. 

Menurutnya, sambil menentang pandemik, pasukan MOH di bawah kepimpinan Encik Chan telah mengorak langkah mengusahakan beberapa inisiatif nasional seperti SG Lebih Sihat dan usaha mempertingkatkan tenaga kerja jagaan kesihatan.

“Kami amat menyedari bahawa sistem penjagaan kesihatan yang baik pada asasnya adalah mengenai kemahiran dan semangat doktor, jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan kami.

“Kami melaksanakan banyak langkah untuk menarik, membangun dan mengekalkan bakat dalam sektor ini, termasuk pengenalan skim Angel, garis panduan gaji untuk sektor penjagaan masyarakat dan mengambil pendirian yang kuat terhadap penderaan serta gangguan terhadap pekerja penjagaan kesihatan,” jelas Encik Ong.

Secara peribadi, beliau juga menghargai kepimpinan Encik Chan yang sentiasa tenang dan menawarkan pengamatan serta huraian praktikal yang datang bersama pengalamannya.

“Yeng Kit akan beralih kepada cabaran selanjutnya di SPH Media. Ia adalah cabaran berbeza, tetapi sesuatu yang saya yakini ciri-ciri semula jadinya serta pengalaman bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam akan membawa pada kenyataan yang diinginkan,” tambah Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >