Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

21 pesilat akan wakil S’pura di Sukan SEA 2023

Mar 29, 2023 | 03:35 PM



SERAMAI 21 pesilat akan mewakili Singapura dalam Sukan SEA 2023 Kemboja mulai 5 hingga 17 Mei.


Skuad itu diumumkan Persekutuan Silat Singapura (Persisi) pada Selasa, lebih kurang sebulan menjelang temasya sukan dwitahunan itu.


Pertandingan silat dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 10 Mei. Skuad negara tahun ini adalah antara yang terkuatnya dengan sembilan juara dunia bakal masuk gelanggang.


Mereka terdiri daripada Sheik Farhan Sheik Alau’ddin (Kelas I Tanding Putera); Hazim Yusli (Kelas C Tanding Putera); Aniq Asri Yazid (Kelas B Tanding Putera); Nurul Suhaila Saiful (Kelas E Tanding Puteri); Iqbal Abdul Rahman (Seni Tunggal Putera); serta Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin (Seni Regu Puteri).


Seorang lagi juara dunia Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin (Kelas J Tanding Putera), yang kini menghadapi pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk, turut disertakan dalam skuad Singapura.

Menurut senarai pembicaraan di laman web SG Courts, kes Ferdous akan dibicarakan lanjut pada 4 April. Beliau didakwa atas kesalahan itu pada 14 Januari.


Lima pemenang pingat perak Kejohanan Dunia Pencak Silat 2022 juga terpilih untuk beraksi di Phnom Penh, Kemboja kelak.


Mereka ialah Khadijah Shahrem (Kelas D Tanding Puteri); Abdul Raazaq Abdul Rashid (Kelas E Tanding Putera); Dhani Andika Razali (Kelas Bawah 45kg Tanding Putera); Nurshahfareeq Shahrudin (Kelas H Tanding Putera); dan Nadhrah Sahrin (Kelas A Tanding Puteri).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >