Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

4 pemain Man Utd jadi sasaran?

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Newcastle kini dilaporkan sedang cuba memikat empat pemain Manchester United, menyusuli ketibaan pemilik baru dan dana lebih besar bagi membeli pemain.



Empat pemain itu adalah Donny van de Beek, Jesse Lingard, Anthony Martial dan Eric Bailly, lapor akhbar The Mirror dan beberapa media lain di Britain.



Menurut akhbar itu Van De Beek kini sedang mendamba peluang beraksi di kelab lain selepas masa permainannya dihadkan kepada lima minit sahaja musim ini.



Ini bermakna, pemain berusia 24 tahun itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan pindahan ke Everton, mungkin merebut peluang berpindah ke Newcastle.



Lingard juga dilihat sebagai seorang pemain yang boleh dipikat untuk meninggalkan Old Trafford pada musim pindahan pemain Januari nanti.



Lingard beraksi paling cemerlang bagi United dalam musim 2017-18, menjaringkan 13 gol dan antara tunggak pasukan England yang mara ke separuh akhir Piala Dunia di Russia.



Namun, prestasi Lingard merosot selepas itu, sehingga beliau dipinjamkan ke West Ham.



Di sana, beliau menjaringkan sembilan gol dan merintis lima peluang gol dalam 16 perlawanan.



Beliau hampir menyertai West Ham secara tetap pada musim ini tetapi diberitahu Ole Gunnar Solskjaer supaya kekal di United dan bersaing bagi tempatnya dalam kesebelasan utama.



Namun, kehadiran Cristiano Ronaldo musim ini telah mengehadkan peluang Lingard menyerlah.



Martial seorang lagi pemain yang dianggap mungkin meninggalkan United tidak lama lagi.



Pemain berusia 25 tahun ini gagal menunjukkan keupayaan pada musim lalu dan hanya menjaringkan tujuh gol dalam 36 permainan, kebanyakannya yang dimulakannya dari bangku simpanan.



Difahami, beliau telah diberikan kebenaran oeh Solskjaer untuk mencari kelab baru.



Namun harga £40 juta mungkin terlalu tinggi untuk dibayar Newcastle, terutama bagi pemain yang jarang konsisten.



Dalam pada itu, Bailly, yang dibeli oleh Jose Mourinho pada 2016 juga telah gagal mendapat tempat secara konsisten dalam kesebelasan utama United.



Kehadiran Raphael Varane pada musim ini bermakna beliau kian jauh dari kesebelasan utama dan dengan Piala Dunia menjelang, mungkin mahukan tempat di kelab yang akan menurunkannya dalam kesebelasan utama. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >