Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA ASIA AFC U-23

Aksi di padang sendiri kunci S'pura mara ke Piala Asia AFC-U23

Oct 25, 2021 | 05:30 AM



STADIUM Jalan Besar yang bakal penuh dan dibanjiri 1,000 penonton mulai hari ini, sebagai medan persaingan bagi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (U23) Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), menunjukkan tanda baik bagi bola sepak Singapura, kata ketua jurulatih Singa Muda, Nazri Nasir.



Namun, Nazri, 50 tahun, akur bahawa sokongan padu peminat turut memberikan tekanan tambahan untuk pasukan tuan rumah beraksi cemerlang sepanjang minggu ini dan beliau yakin anak buahnya dapat menyahut cabaran itu.



Singapura menjadi tuan rumah Kumpulan H dan akan memulakan kempen kelayakan mereka hari ini menentang Timor-Leste. Tiga hari kemudian, pasukan Singa Muda akan berdepan Filipina, sebelum bertemu juara bertahan Republik Korea Ahad ini.



Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar.



Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu posnya di Facebook kelmarin, semua tiket untuk menyaksikan ketiga-tiga hari perlawanan telah habis dijual.



Sehingga 1,000 penonton dibenarkan hadir ke stadium pada setiap hari perlawanan, dengan mematuhi langkah pengurusan selamat ditetapkan.



Dalam satu sidang akhbar pra perlawanan yang diadakan secara maya semalam, Nazri memberitahu Berita Harian:



"Ia adalah tekanan tambahan untuk kami, sebagai tuan rumah, dan bermain di padang sendiri. Semestinya, kami mahu orang ke-12, iaitu penyokong, untuk datang dan menyokong kami. Kami gembira untuk mendapati semua tiket sudah habis terjual. Itu tanda yang baik.



"Untuk pemain, saya dan juga kakitangan jurulatih, ada tekanan untuk kami menunjukkan persembahan baik. Tapi, saya percaya pemain akan berikan yang terbaik dan persembahan 100 peratus mereka. Selagi mereka cuba sedaya upaya mereka dan kekal teratur dalam perlawanan, saya gembira dengan keputusan yang dihasilkan."



Kapten pasukan Singa Muda, Jacob Mahler, sebelum ini, mengatakan kelebihan beraksi di padang sendiri akan menjadi kunci sekiranya Singapura mahu mara ke kejohanan Piala Asia U23 AFC tahun depan.



"Bermain di padang sendiri adalah kelebihan untuk kami tapi tentunya kami harus fokus menempuh setiap perlawanan satu demi satu dan punya permulaan baik," kata Mahler, 21 tahun.



"Saya tahu peminat akan datang ke stadium untuk menyokong kami dan ia akan lebih mendorong kami untuk beraksi dengan baik di padang. Pemain telah berusaha gigih setiap hari, menyesuaikan diri pada gaya permainan dan kami akan turun padang berikan yang terbaik dan berjuang untuk negara."



Selain Mahler, skuad pasukan Singa Muda seramai 23 pemain juga menampilkan Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Singapura 2021, Nur Adam Abdullah.



Ia namun tanpa penyerang adik-beradik Ilhan (kecederaan) dan Ikhsan Fandi (bermain di luar negara). Bahagian serangan negara akan diisi Glenn Kweh, Khairin Nadim dan Zikos Chua.



Seramai 11 kumpulan daripada kededua Zon Barat dan Timur, dengan pemenang kumpulan dan empat pasukan naib juara terbaik akan melayakkan diri ke kejohanan yang bakal diadakan di Uzbekistan Jun depan.



Dalam kempen kelayakan bagi Piala Asia U23 AFC 2020, yang diadakan di Mongolia pada 2019, Singapura muncul sebagai naib juara Kumpulan G, di belakang Hong Kong dan Mongolia.



Kumpulan itu dimenangi Korea Utara, yang layak bersaing di kejohanan final. Dalam kempen kelayakan itu, Singapura mencatat rekod tanpa kalah - seri dengan Korea Utara dan Hong Kong, dan berjaya menewaskan Mongolia - mengutip lima mata daripada tiga perlawanan.



SKUAD U23 SINGAPURA BAGI KELAYAKAN PIALA ASIA U23 AFC 2022



PENJAGA GOL: Dylan Pereira Singh, Martyn Mun, Ridhwan Fikri (Young Lions)



PEMAIN PERTAHANAN: Danish Irfan, Jacob Mahler, Jordan Emaviwe, Raoul Suhaimi, Ryhan Stewart (Young Lions), Nur Adam Abdullah (Lion City Sailors), Ryaan Sanizal (Tampines Rovers)



PEMAIN MIDFIELD: Arshad Shamim, Daniel Goh, Harhys Stewart, Jared Gallagher, Joel Chew, Rezza Rezky, Shah Shahiran, Zamani Zamri (Young Lions), Farhan Zulkifli (Hougang United), Saifullah Akbar (Sailors)



PENYERANG: Glenn Kweh, Khairin Nadim, Zikos Chua (Young Lions)




PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA BAWAH 23 TAHUN (AFC)



Tarikh: Hari ini (25 Oktober)
Tempat: Stadium Jalan Besar



  • 5 petang: Korea Republik Korea lwn Filipina

  • 8 malam: Singapura lwn Timor-Leste

Tarikh: Khamis ini (28 Oktober)
Tempat: Stadium Jalan Besar



  • 5 petang: Timor-Leste lwn Republik Korea

  • 8 malam: Filipina lwn Singapura

Tarikh: Ahad ini (31 Oktober)
Tempat: Stadium Jalan Besar



  • 5 petang: Timor-Leste lwn Filipina

  • 8 malam: Republik Korea lwn Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >