Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Albirex Niigata juara Perisai Masyarakat 2023 yang dipengaruhi VAR

Feb 19, 2023 | 08:12 PM



VIDEO penolong pengadil (VAR) memainkan peranan ketika Albirex Niigata menewaskan Hougang United 3-0 untuk merangkul piala Perisai Masyarakat keempat mereka di Stadium Jalan Besar pada Ahad (19 Februari).



Teknologi itu, yang bertujuan menyemak semula insiden yang dapat mengubah kedudukan perlawanan, dilaksanakan buat kali pertama dalam bola sepak Singapura.



VAR mempengaruhi aksi sengit antara dua juara musim 2022 itu pada minit ke-57 apabila ia menterbalikkan keputusan pengadil di atas padang, Jansen Foo, untuk menganugerahkan Albirex sepakan penalti.



Rekrut baru Hougang, Naoki Kuriyama, dilihat melakukan kekasaran lewat pada penyerang Albirex, Riku Fukashiro, dalam kotak penalti.



Seia Kunori menyempurnakan tendangan penalti itu untuk membuka tirai jaringan The White Swans.



Albirex kendalian Kazuaki Yoshinaga ialah juara bertahan Liga Perdana Singapura, manakala Hougang di bawah jurulatih baru Firdaus Kassim menjulang Piala Singapura 2022.



Pada minit ke-71, VAR sekali lagi memainkan peranan. 



Gol Shodai Yokoyama, pada asalnya, dinilai ofsaid oleh penolong pengadil di atas padang tetapi VAR kemudian campur tangan dan memberikan Albirex gol keduanya malam ini.



Keadaan menjadi lebih teruk buat Hougang apabila Fukashiro menembusi gawang The Cheetahs tiga minit kemudian sekali gus memberi skuad Yoshinaga permulaan yang positif sedang mereka mempertahankan mahkota liga mereka musim ini.



Sebelum itu, Hougang mempunyai dua keputusan penalti – insiden yang dianggap berlakunya kekasaran, dan lawan menggunakan tangan ketika bertahan dalam kotak penalti – dalam babak pertama yang tidak menyebelahi pihaknya walaupun telah disemak semula VAR.



Pemeriksaan VAR dalam perlawanan juga menyaksikan waktu tambahan yang berlebihan.



Pengadil memberikan tambahan sembilan minit pada separuh kedua.



Musim 2023 Liga Perdana Singapura yang akan menggunakan teknologi VAR buat kali pertama dalam sejarahnya bermula pada 24 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >