Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ancelotti mahu Everton sentuh tangga teratas liga

Kemenangan ke atas West Brom esok akan beri pasukan Toffees peluang naik ke tangga ke empat
Mar 03, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Carlo Ancelotti berkata beliau mahu Everton menikmati perasaan menyentuh kedudukan empat tangga teratas Liga Perdana England setelah anak buahnya mengalahkan Southampton.



Penyerang Brazil, Richarlison, memperdayakan Fraser Foster untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang pasukan Saints yang sedang menjalani fasa mencabar sekarang.



Kemenangan itu bermakna, pasukan Ancelotti menyamai jumlah mata yang dikumpul Liverpool, dan hanya dua mata di belakang pasukan di tangga ke-empat, West Ham.



Jika Everton berjaya mengatasi West Bromwich Albion dalam perlawanan malam esok (awal pagi Jumaat waktu Singapura), pasukan Toffees itu akan mara ke tangga ke-empat, dengan Liverpool bakal bertarung dengan Chelsea pada malam yang sama.



"Kami mempunyai peluang yang baik," kata Ancelotti setelah kemenangan pertama di padang sendiri sejak 19 Disember.



"Saya tidak tahu untuk berapa lama, mungkin satu hari, dua atau tiga, tapi kami mahu menyentuh kedudukan itu jadi kami harus bermain bermati-matian Khamis ini.



"Penting untuk Everton merasakannya, bagaimana perasaan, kenikmatan berada dalam empat kedudukan teratas," tambahnya.



Gol Richarlison, hasil hantaran cantik Gylfi Sigurdsson, hanyalah satu daripada dua percubaan yang menemui sasaran dalam perlawanan semalam, di mana kededua pasukan mendapatinya sukar untuk menemui rentak masing-masing.



Jaringan Michael Keane sebelum itu dibatalkan kerana offside manakala Dominic Calvert-Lewin pula bertindak cemerlang untuk mematahkan percubaan pakar tendangan percuma Southampton, James Ward-Prowse.



Pasukan Saints mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan dalam 10 minit terakhir, apabila Moussa Djenepo mendapati dirinya dalam kedudukan baik namun percubaannya tersasar manakala penjaga gawang Everton, Jordan Pickford, pula bertindak cemerlang untuk menyelamatkan percubaan Jannik Vestergaard



Kekalahan itu merupakan yang ke-lapan dalam sembilan perlawanan bagi Southampton yang hanya tujuh mata di luar zon relegasi.



Pengurus Southampton Ralph Hasenhüttl berkata pasukannya agak kecewa kerana pulang dengan tangan kosong.



Skuad Southampton - yang sedang mengalami krisis kecederaan antaranya kepada pemain utama termasuk Takumi Minamino, Kyle Walker-Peters dan Theo Walcott - jatuh dari tangga ke-enam hanya sekitar sebulan lalu.



"Kami telah menikmati musim yang baik, keyakinan pemain tinggi dan kami berada pada landasan yang betul. Namun, nasib tidak menyebelahi kami. Kecederaan demi kecederaan mengganggu rentak pasukan.



"Kini masanya untuk kami berhenti merasa kecewa kerana kami masih mempunyai pemain yang baik untuk meneruskan perjuangan," ujar beliau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >