Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana England Previu

Arsenal mungkin terjejas, perlu bersaing susulan kekalahan awal

Nov 04, 2023 | 05:30 AM



Mikel Arteta ternyata kecewa dengan kekalahan 3-1 pasukannya kepada West Ham di padang lawan.

Namun penyingkiran pasukannya daripada Piala Carabao boleh dianggap sebagai satu motivasi tambahan untuk mencapai keputusan positif di Newcastle United pada hujung minggu.

Dalam perlawanan pada Rabu, Mikel akur beliau bertanggungjawab di sebalik kekalahan skuad kendaliannya di tangan West Ham.

Katanya, beliau amat kecewa dengan keputusan dan persembahan mereka dan beliau bertanggungjawab di sebalik kekalahan itu.

Ini meskipun pasukannya bermula dan mengawal perlawanan sepenuhnya, namun jaringan pihak lawan merubah segalanya.

Awal pagi Ahad (waktu Singapura) pasukannya yang kini berada di tangga kedua Liga Perdana England (EPL) akan menentang Newcastle di padang lawan di St. James’ Park.

Arsenal belum pernah kalah dalam EPL sama seperti pendahulu liga masa kini, Tottenham Hotspur.

Namun jangka masa terdekat menentang Newcastle selepas tewas kepada West Ham dalam Piala Carabao pada Rabu, mungkin boleh menjejas para pemain dari segi fizikal dan mental.

Mungkin kekalahan kepada West Ham itu tidak memberi kesan kepada Arsenal, namun persembahan dan prestasi para pemain pasukan itu dalam perlawanan tersebut agak membimbangkan.

Apatah lagi gawang mereka dibolosi tiga kali dalam perlawanan itu sudah pasti menimbulkan persoalan.

Menurut beberapa laporan media, sebelum perlawanan itu Arteta telah mengerahkan seluruh skuadnya untuk menunjukkan set minda yang diperlukan untuk mengekalkan tahap permainan mereka dalam pertandingan yang berbeza.

Malangnya mereka gagal berbuat demikian dan akhirnya mereka bak ‘dihukum’ atas prestasi yang kurang memberangsangkan yang dianggap paling teruk dalam musim ini.

Kai Havertz bermula dengan baik namun rentak permainannya mula hambar kemudian. Oleksandr Zinchenko dikeluarkan selepas bermula agak goyang di barisan pertahanan sementara Fabio Vieira bak memperlahankan permainannya meskipun bermula baik sebagai pemain gantian.

Namun perlawanan menentang West Ham itu bukan mengenai persembahan individu buat Arsenal.

Ia satu kegagalan secara kolektif buat Arsenal yang sudah pasti membuat Arteta berasa marah.

Arteta dikatakan menafikan perasaan marah itu, namun membawa masuk para pemain bintangnya seperti Declan Rice, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli selain Martin Odegaard semasa pasukannya di belakang dengan tiga jaringan bagaikan satu isyarat tentang perasaannya.

Odegaard menjaringkan gol sagu hati sebelum wisel penamat ditiup namun masih tidak dapat menyelamatkan pasukannya tersingkir keluar daripada Piala Carabao.

Kini timbul tanda tanya sekiranya para pemain Arsenal hanya peduli kepada pertandingan yang lebih besar.

Kini Arteta perlu mengerahkan pula pasukannya untuk mengetepikan kekalahan tersebut dan sebaliknya membuat persiapan menghadapi perlawanan-perlawanan mendatang.

Senang kata, terima hakikat dan teruskan kehidupan apatah lagi mereka dijadualkan menentang Newcastle yang kini di tangga keenam EPL dan tujuh mata di belakang mereka.

Ramalan wartawan: Newcastle 2 – Arsenal 0




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >