Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Haaland pelengkap 'jigsaw' City julang Liga Juara-Juara?

Sep 04, 2022 | 06:20 AM



LIMA perlawanan, sembilan gol dan dua hatrik Liga Perdana England (EPL).



Adakah Erling Haaland "petak terakhir" dalam 'jigsaw' Manchester City dalam usaha mereka menjulang Liga Juara-Juara?



Penyerang Norway berusia 22 tahun itu tiba di City dari Borussia Dortmund pada musim panas dengan jaminan gol, dan kini telah menjaringkan 164 gol dalam 149 penampilan bagi kelab dan negara secara keseluruhan.



Haaland juga menjaringkan 13 hatrik dalam masa itu.



Dan jaringan hatriknya dalam 19 minit Sabtu lalu membantu City mengubah keputusan daripada ketinggalan 0-2 kepada kemenangan 4-2 ke atas Crystal Palance dan beliau mendapat tepukan gemuruh apabila digantikan pada lewat permainan.



Haaland mengulangi menjaringkan hatrik apabila City belasah Forest 6-0 pada perlawanan berikutnya.



Tetapi setelah mencapai tiga peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dalam lima musim yang lalu, bolehkah beliau menjadi pemain yang membawa pasukan Pep Guardiola melepasi garisan penamat dalam pertandingan kelab elit bola sepak Eropah?



Kecekapan Haaland di depan gol telah menjadi aspek penting dalam perlawanan awal City di EPL.



Dalam kemenangan pembukaan kelab itu di West Ham, Haaland berjaya menjaringkan dua gol di Stadium London meskipun hanya dapat menyentuh bola 32 kali dalam perlawanan.



Menentang Bournemouth pula berbeza di mana beliau dihadkan kepada hanya lapan sentuhan dan tidak melihat bola selama 27 minit pada separuh masa kedua.



Namun, masalah besar dihadapi pemain



pertahanan Crystal Palace kerana Haaland mampu 'hidup' bila-bila masa sahaja dan terbukti tiga gol beliau menentang kelab Eagles itu datang dari tujuh rembatan dan 16 sentuhan secara keseluruhannya.



Kualiti fizikal, jangkaan dan pecutan Haaland semuanya terbukti di Stadium Etihad Sabtu lalu dengan golnya datang dari tandukan, satu tap-in dan larian yang pantas di kawasan pertahanan sebelum menjaringkan gol yang menarik.



Pengurus City Pep Guardiola mengulas panjang lebar tentang penyerangnya: "Apabila anda rasa beliau tidak terlibat dalam permainan, beliau tiba-tiba muncul. Sebagai penyerang ia sangat luar biasa. Beliau tidak menyentuh bola, tetapi beliau tahu bola akan ada di situ dan beliau akan sentiasa terlibat.



"Beliau berada di situ untuk menjaringkan gol daripada usaha John Stones dan naluri seorang penyerang itu sentiasa ada. Dan bagi (gol) ketiga dengan bola di kakinya, beliau menggunakan tubuh beliau dan meletakkan bola ke dalam jaringan di mana penjaga gawang tidak dapat menyelamatkannya. Lihat pada angka beliau - amat menakjubkan. Erling telah melakukan ini sepanjang hidupnya. Beliau telah menjaringkan gol di mana-mana sahaja," kata Guardiola.



Ketibaannya di City telah menyaksikan Guardiola kembali menggunakan penyerang tengah ortodoks, setelah memenangi kejuaraan Liga Perdana musim lalu tanpa pemain sebegitu.



Ia berbaloi untuk Haaland, yang merupakan penjaring terbanyak liga setakat ini, dan disifatkan pemain yang boleh menjaringkan lebih daripada 30 gol oleh bekas penyerang Newcastle dan England, Alan Shearer.



"Apabila anda mempunyai seseorang yang sebaik beliau, ia membebaskan pemain lain dan itulah sebabnya mereka akan menjadi sangat sukar untuk diberi saingan.



"Itulah sebabnya juga beliau harus cuba menjaringkan 30, 35, 40 gol, dan saya fikir beliau akan melakukannya atas dasar jumlah peluang yang mereka ciptakan.



"Sejak sekian lama, City telah bermain tanpa penyerang sepertinya. Tidak hairan beliau dilihat sebagai pemain terakhir dalam 'jigsaw' untuk membawa mereka melepasi barisan terakhir dalam Liga Juara-Juara," kata Shearer. - Agensi berita.




GOL HAALAND DI EPL SEJAUH INI



5 perlawanan 9 gol



Lawan West Ham     2 gol



Lawan Newcastle     1 gol



Lawan Palace           3 gol (hatrik)



Lawan Forest            3 gol (hatrik)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >