Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN TEMPATAN

Atlet lawan pedang SG kedua layak ke Olimpik

Kiria kawal rasa gementar atasi pesaing dari Kazakhtan di final untuk muncul juara
Apr 28, 2021 | 05:30 AM



FOKUS, tenang dan tiada yang mustahil.



Itulah kata-kata perangsang yang diterapkan atlet lawan pedang Singapura Kiria Tikanah Abdul Rahman ke dalam dirinya setiap kali masuk gelanggang berentap lawan di Tashkent, Uzbekistan, kelmarin.



Kiria, 20 tahun, menjadi atlet lawan pedang kedua Singapura melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo, yang dijadual berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.



Mahasiswi dari Universiti Nasional Singapura (NUS) itu berjaya menewaskan pesaing dari Kazakhstan, Ulyana Balaganskaya, 15-13 dalam final acara epee wanita di Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent kelmarin.



"Saya masih belum benar-benar menerima hakikat bahawa saya telah menang. Tetapi, pada ketika ini, sokongan yang diberikan terasa sangat luar biasa, dan saya gembira apabila mengetahui bahawa ramai yang menonton perlawanan saya dalam talian dan sokong saya sepanjang hari," ujar Kiria kepada Berita Harian (BH).



Kejayaan Kiria muncul sehari selepas rakan sepasukan Amita Berthier menjuarai acara foil wanita di kejohanan yang sama untuk menempah tempatnya di Tokyo.



Mengulas mengenai kemenangannya, Kiria berkata:



"Ia semestinya bukan sesuatu yang saya jangkakan, tetapi saya tahu ia tidak mustahil. Saya hanya fokus pada setiap perlawanan satu persatu, dan tidak fikir tentang kelayakan.



"Setiap atlet lawan pedang hari ini mempunyai peluang untuk menang, jadi saya tahu ia bukan hari yang mudah. Tetapi, saya tahu sekiranya saya terus berusaha dan kekal tenang, ia akan meletakkan saya di kedudukan yang lebih baik untuk menang."



Kiria, ranking nombor 207 dunia, ditempatkan pada kedudukan keenam dalam barisan 14 pesaing di Tashkent.



Namun, pemenang pingat emas acara epee wanita di Sukan SEA 2019 itu berjaya mencabar kedudukan untuk menghuni tempat teratas selepas pusingan saringan, memenangi kesemua enam perlawanannya.



Beliau kemudian mengalahkan Paria Marokh dari Iran 15-10 dalam suku akhir sebelum menewaskan pencabar Thailand Korawan Thanee 15-12 dalam separuh akhir.



Dalam final menentang atlet lawan pedang ranking nombor 97 dunia Balaganskaya, Kiria mengawal rasa gementarnya dalam pertembungan yang sengit untuk muncul juara.



Mengongsi harapannya di Sukan Olimpik kelak, Kiria menambah:



"Memandangkan ini penampilan sulung saya (di Sukan Olimpik), saya ingin hargai pengalaman dan nikmati detik itu. Tetapi, saya semestinya akan berlatih dengan gigih dan untuk lihat sejauh mana saya boleh pergi.



"Melayakkan diri ke Sukan Olimpik hanya adalah langkah pertama, dan saya harap saya dapat lengkapkan perjalanan itu pada tahap yang baik di Tokyo."



Kali terakhir Singapura diwakili di Sukan Olimpik dalam acara lawan pedang adalah pada 1992, ketika James Wong dan Ronald Tan bertanding dalam acara foil dan epee di Barcelona.



Namun, mereka tidak perlu melayakkan diri dan menempah tempat kerana menjadi atlet lawan pedang terbaik Singapura.




STRATEGI KIRIA LAYAK KE OLIMPIK



“Ia semestinya bukan sesuatu yang saya jangkakan, tetapi saya tahu ia tidak mustahil. Saya hanya fokus pada setiap perlawanan satu persatu, dan tidak fikir tentang kelayakan. Setiap atlet lawan pedang hari ini mempunyai peluang untuk menang, jadi saya tahu ia bukan hari yang mudah. Tetapi, saya tahu sekiranya saya terus berusaha dan kekal tenang, ia akan meletakkan saya di kedudukan yang lebih baik untuk menang.”
– Kiria Tikanah Abdul Rahman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >