Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet lawan pedang S’pura rebut peluang akhir ke Sukan Olimpik

Apr 25, 2024 | 02:31 PM



Terdapat satu coretan pada papan nota di rumah atlet lawan pedang nasional bagi acara foil, Samuel Robson, yang menggambarkan impian beliau pada 2016 untuk layak ke Sukan Olimpik 2024.

Kini pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) berusia 18 tahun itu berpeluang mencapai cita-citanya sedang beliau dan empat lagi atlet lawan pedang warga Singapura menuju ke Fujairah di Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia, dan berentap bagi peluang terakhir mereka menempah tempat di Sukan Paris.

Kontinjen tersebut akan menyertai atlet lawan pedang nasional wanita bagi acara foil, Amita Berthier, yang sudah memperoleh tempat di Sukan Olimpik Paris, menerusi mata kedudukan perseorangan pada Mac.

Untuk mendapat tempat ke sukan tersebut semasa pusingan kelayakan pada 27 hingga 28 April, atlet lawan pedang Singapura perlu memenangi acara masing-masing, lapor The Straits Times (ST).


Samuel mempunyai impian bertanding dalam Sukan Olimpik semasa beliau mula menceburi sukan lawan pedang secara serius pada usia 10 tahun.

Beliau mula berjinak-jinak dengan sukan tersebut ketika berusia lapan tahun.

Bercakap kepada media di Sekolah Sukan Singapura (SSS) pada 24 April, beliau berkata:

“Saya sudah melakukan semua yang termampu untuk menyiapkan diri, jadi matlamatnya adalah untuk pergi ke sana dan lakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya.”

Samuel yakin dengan persiapannya untuk pusingan kelayakan. Beliau adalah pemain berkemahiran yang berada di kedudukan kedua terbaik dan nombor 69 dunia.

Hanya Chen Yi-tung dari Taiwan berada di kedudukan lebih tinggi, iaitu tempat ke-65 dalam kalangan 17 pesaing.

Dalam usaha menempah tempat pada temasya Olimpik buat kali pertama, remaja tersebut telah bersaing di litar antarabangsa senior, termasuk di Piala Dunia dan Grand Prix, sejak beberapa bulan lalu untuk meningkatkan kedudukannya.

Walaupun beliau gagal mendapat kelayakan terus ke Sukan Olimpik menerusi kedudukan dunia, Samuel percaya pengalaman yang diraih sepanjang setahun lalu bermanfaat.

Ia termasuk penampilan sulungnya pada 2023 di Sukan Asia dan Sukan Asia Tenggara (SEA), yang menyaksikan beliau berjaya memenangi emas dalam acara foil perseorangan.

Ia amat penting sebagai pendorong beliau pada hujung minggu ini.

“Tekanannya lebih tinggi tetapi saya dapat mengatasinya, jadi ia membuktikan saya tidak kalah pada peringkat senior dan antarabangsa,” ujar beliau.

Pemain lawan pedang epee wanita Singapura, Kiria Tikanah, yang membuat penampilan sulung pada Sukan Tokyo pada 2021, turut menyimpan impian untuk layak ke Sukan Olimpik.  

Walaupun peluang menyebelahinya kali ini, pemain berusia 23 tahun itu yang merupakan pemain ke-64 dunia yang menduduki kedudukan tertinggi dalam kalangan 18 atlet lawan pedang dalam acaranya, kini berusaha menangani tekanan yang bertambah.

Ramai mengharapkan beliau layak ke Olimpik kali ini, kerana pernah menjadi peserta temasya Olimpik yang lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >