Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet paralimpik S’pura sasar kejayaan di Sukan Paris

May 05, 2024 | 09:45 PM



Sejak tiga tahun lalu, pemanah para Singapura, Nur Syahidah Alim, mempunyai banyak masa untuk merenungkan pengalamannya semasa acara Paralimpik Tokyo.

Beliau, yang ketika itu menduduki tempat kedua dunia, menjadi pilihan ramai untuk memenangi pingat di acara sukan itu yang berlangsung pada 2021.

Namun, pemanah negara bagi acara kompaun individu wanita itu tersingkir dalam pusingan kalah mati, dan tidak berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Walaupun juara dunia itu kecewa dengan penyingkiran awalnya, pengalaman itu menjadikan beliau lebih kuat dari segi mental.

Kini, pemanah berusia 38 tahun itu berhasrat memperbaiki prestasinya di Paralimpik Paris yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September, lapor The Straits Times (ST).


Ditemui di acara Fiesta Paralimpik yang diadakan buat kali pertama di Our Tampines Hub (OTH) pada 4 Mei, Syahidah berkata:

“Saya melihat banyak kemajuan dari segi teknik memanah saya, dan menjadi lebih baik dari segi kekuatan mental dan keyakinan saya di garisan memanah.

“Dari segi perspektif saya mengenai sukan ini, saya kini telah membangunkan pemikiran berasaskan pertumbuhan. Saya lebih fokus kepada proses memanah saya dan (memahami) pentingnya memiliki keyakinan mental.”

Selepas Sukan Paralimpik pada 2021, Syahidah berkata kekurangan peluang pertandingan dan keadaan angin telah menjejas prestasinya di Tokyo.

Pemanah nombor tiga dunia itu menambah:

“Saya telah melalui lebih banyak pertandingan, kami telah mencuba strategi berbeza dan ia adalah satu perjalanan pembelajaran berterusan. Setiap pertandingan, termasuk di Tokyo, merupakan pengalaman pembelajaran.”

Fiesta Paralimpik, anjuran Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC), diadakan di OTH hingga 7 Mei untuk memaparkan atlet Singapura yang akan bertanding di Sukan Paris.

Selain Syahidah, atlet lain yang akan bertanding di acara sukan tersebut termasuk pemenang pingat emas Paralimpik lima kali, Yip Pin Xiu serta Sophie Soon dan Toh Wei Soong (renang); Hilary Su, Gemma Foo dan Laurentia Tan (menunggang kuda); dan Chan Han Siong (menembak).

Soon, yang akan menyertai Paralimpik keduanya, terpaksa mengharungi perjalanan lebih sukar kali ini.

Prestasi beliau terjejas selama satu setengah tahun disebabkan kecederaan yang menjejas siku hingga ke pergelangan tangannya.

Akui bahawa kecederaan itu turut menjejas beliau secara psikologi, perenang berusia 26 tahun itu berkata:

“Ia sudah lama berlaku dan kini saya... tidak berani memaksa diri saya seperti sebelum ini, kerana takut ia bertambah teruk.

“Saya sedang bekerjasama dengan pakar psikologi saya untuk mencari imbangan baik yang menjadikan saya tidak bimbang, sebaliknya berwaspada mengenai kecederaan ini dan apa yang mencetusnya.

“Kami rasa saya tidak perlu takut untuk mencuba dan keluar dari zon selesa.”

Soon juga bekerjasama dengan pakar fisioterapi dan pada 24 April, beliau bertanding dalam Kejohanan Terbuka Eropah Renang Para - pertandingan pertamanya dalam empat bulan.

Beliau menduduki tempat kelima dalam acara kuak dada 100 meter SB12, dengan catatan masa 1 minit 32.32 saat.

Walaupun tidak berpuas hati dengan catatan masa itu, beliau menambah:

“Saya sangat gembira kerana itulah kali pertama saya berlumba tanpa rasa sakit buat sekian lamanya.”







Pada 4 Mei, kesemua atlet para tersebut juga bertemu dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam di Fiesta Paralimpik, yang turut menampilkan pameran, percubaan sukan para, selain pelbagai kegiatan mesra keluarga.

Tuan Presiden, yang mencuba sukan ‘boccia’ dan boling padang di acara tersebut, berkata dalam ucapannya:

“Fiesta Paralimpik ini adalah perayaan dan pembuka mata buat kita semua. Kita meraikan kekuatan mental dan kecemerlangan sukan yang dicapai oleh atlet paralimpik kita yang dahulu dan sekarang.

“Kita meraikan betapa lebih ramai warga Singapura yang berkelainan upaya meluaskan batasan mengenai apa yang boleh mereka capai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >