Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Benitez dipecat; akur gagal penuhi jangkaan besar yang diletakkan atas bahunya

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Rafael Benitez berkata beliau tidak menyedari tugas yang menantinya di Everton begitu besar sehingga beliau menyertai kelab itu.



Ini menyusuli pemecatannya kelmarin sebagai pengurus kelab tersebut, kurang tujuh bulan selepas menyertainya.



Benitez, 61 tahun, telah dilantik bos pasukan bergelar The Toffees itu sebagai pengganti Carlo Ancelotti pada Jun lalu.



Benitez, yang dianggap sebagai wira dan bertaraf legenda di Liverpool - musuh ketat Everton - selepas memimpin kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2001-02 dan diharap dapat membantu Everton bersaing dengan kelab-kelab utama Liga Perdana England (EPL) lain.



Namun, Everton terkial-kial dan hanya memenangi satu daripada 13 perlawanan terakhir EPL - berada di tangga ke-16 dalam liga dan menanggung risiko tersingkir dari EPL di akhir musim.



"Kami tahu ia tidak mudah. Ia adalah satu cabaran, dari segi emosi dan sukan. Cinta saya pada bandar ini, untuk Merseyside dan penduduknya, mendorong saya menerima cabaran ini, tetapi hanya apabila anda berada di dalam kelab ini, barulah anda sedari betapa besarnya tugas itu," ujar Benitez selepas pemecatannya.



"Sejak hari pertama, kakitangan saya dan saya sendiri bekerja seperti biasa, dengan penuh komitmen dan dedikasi. Kami bukan sahaja perlu mendapat keputusan (baik di padang), tetapi kami juga perlu memenangi hati penyokong.



"Bagaimanapun, keadaan kewangan dan kemudian kecederaan yang menyusul menjadikan keadaan lebih sukar," tambah Benitez.



Para penyokong Everton yang berada di stadium semasa Everton tewas kepada Norwich pada Sabtu lalu menuntut Benitez untuk "keluar dari kelab kami", manakala seorang penyokong mencerobohi padang dalam usaha untuk bersemuka dengan pengurus asal Sepanyol itu.



Akibatnya, Benitez perlu menanggung tanggungjawab prestasi Everton yang mengecewakan musim ini.



Namun, realitinya, beliau tidak dapat menurunkan kesebelasan utama bagi beberapa perlawanan selepas beberapa tonggak pasukan seperti penyerang utama Dominic Calvert-Lewin, Richarlison dan pemain pertahanan Yerry Mina mengalami kecederaan.



The Toffees telah membawa masuk tiga pemain bulan ini - Vitalii Mykolenko dari Dynamo Kyiv, Nathan Patterson dari Rangers, dan pemain sayap Anwar El-Ghazi yang dipinjam dari Aston Villa, dengan Lucas Digne membuat perpindahan ke Villa.



Duncan Ferguson dijangka sekali lagi memikul tugas sebagai pengurus sementara, sedang lembaga pengarah Everton mencari pengganti Benitez.



Dua nama telah disebut-sebut sebagai pilihan utama - bekas bintang kelab Wayne Rooney yang kini memimpin Derby dan bekas pengurus kelab itu, Roberto Martinez. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >