SORAKAN dan nyanyian mengikut irama lagu 'Sugar Sugar' oleh kumpulan 60-an The Archies menyusul sebaik bintang Liverpool, Sadio Mane, tiba di Hotel Swissotel The Stamford, kelmarin.
Lagu tersebut, yang telah diubah liriknya dan digantikan dengan "Sadio, Oh Mane Mane!", mengisi ruang lobi hotel itu bagi menyambut ketibaan pemain Senegal itu di Singapura buat julung kalinya.