Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Liverpool patah hati Mane pergi

Ketibaan penyerang muda Nunez tidak mampu mengubat luka di hati
Jun 27, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti.



Meskipun Liverpool gembira dengan ketibaan pemain penyerang muda berbakat, Darwin Nunez, mereka jelas sedih dengan pemergian Sadio Mane yang telah mempamerkan enam tahun yang sungguh cemerlang di Anfield.



Perpindahan Mane ke Bayern Munich menyebabkan salah satu barisan serangan terhebat dalam sejarah Liga Perdana England (EPL) kehilangan tunggak pasukan - yang telah menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan membantu Liverpool memenangi setiap trofi utama yang dipertandingkan.



Mane menandatangani kontrak tiga tahun dengan Bayern Munich dengan bayaran £35 juta.



Laporan BBC Sport ini melihat kembali impak penyerang dari Senegal itu sepanjang kerjayanya bersama Liverpool.



Ketika musim berlalu pergi dengan banyak perbincangan dilakukan tetapi tiada pengesahan mengenai lanjutan kontrak Mane, Mohamed Salah atau Roberto Firmino selepas 2023, terdapat kemungkinan bahawa antara ketiga-tiga pemain ini, salah seorang pasti akan meninggalkan kelab itu.



Sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Salah berjanji akan terus kekal di kelab itu bagi musim baru, tetapi Mane lebih mengambil sikap terbuka tentang masa depannya di Anfield dan telah memaksa Liverpool untuk melepaskannya selepas mendapat tawaran dari Bayern.



Perpindahan Mane dilihat sebagai tamatnya fasa pertama tempoh Jurgen Klopp sebagai pengurus, di mana kelab itu telah berjaya meningkat hingga mengecap kejayaan.



Mane merupakan pemain pertama yang ditandatangani pengurus Jerman itu ketika beliau dilantik mengendalikan kelab Merseyside itu.



Ketibaannya dari Southampton pada 2006 menelan belanja sebanyak £34 juta ketika itu.



Pada musim sulungnya, Mane berjaya menjaringkan 13 gol sekali gus membantu Liverpool kembali bersaing di Liga Juara-Juara selepas beberapa musim, yang kemudian menyaksikan kelab itu terus mengecap kejayaan di pertandingan unggul Eropah itu.



Kelab itu hanya mengambil tempoh dua tahun sebelum dinobat juara Eropah dan 12 bulan kemudian menjuarai EPL buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.



Mereka juga pernah menjadi naib juara Liga Juara-Juara sebanyak dua kali dan menduduki tempat kedua dalam EPL sebanyak dua kali, termasuk musim 2021-22 apabila mereka memenangi Piala FA dan Piala Liga.



Pada musim panas selepas ketibaan Mane, Liverpool mendapatkan tenaga penggempur Salah dan Firmino. Ketiga-tiga mereka membentuk salah satu barisan depan paling menyengat dalam sejarah bola sepak England.



Mereka berjaya menjaringkan 338 gol dalam lima musim dalam semua pertandingan.



Sepanjang tempoh itu, Mane telah menunjukkan fleksibiliti bermain di pelbagai posisi yang tidak ramai pemain mampu lakukan.



Beliau telah beraksi di bahagian kanan pada musim pertamanya, kemudian beralih di sebelah kiri untuk membantu Salah dan, baru-baru ini, cemerlang di bahagian tengah.



Dengan trio ini semakin hampir menjangkaui usia 30-an, evolusi bahagian serangan Liverpool telahpun menjalani perubahan sebelum pemergian Mane, dengan Liverpool berjaya menandatangani Diogo Jota dan Luis Diaz serta mendapatkan bakat muda, Fabio Carvalho dari Fulham baru-baru ini.



Perpindahan Nunez sebelum jendela perpindahan musim panas dibuka adalah satu lagi langkah proaktif dari Liverpool.



Mane, bagaimanapun, tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa prestasinya akan pudar buat masa terdekat ini.



Prestasinya pada separuh kedua musim 2021-22 amat luar biasa - beliau menyumbang sebanyak yang mungkin kepada kelab yang bersaing merebut empat piala utama.



Mane membantu Liverpool dengan menjaringkan gol di padang sendiri dan di tempat lawan ketika menentang Villarreal pada separuh akhir Liga Juara-Juara.



Dan jaringannya juga yang telah membantu Liverpool memperolehi satu mata dalam perlawanan menentang Manchester City pada April lalu dan tandukkannya ketika menewaskan Aston Villa terus menghidupkan peluang Liverpool untuk merebut takhta EPL.



Secara keseluruhan, Mane telah menjaringkan 13 gol dalam 27 perlawanan pada musim terakhirnya di EPL - sebahagian besarnya ketika beraksi sebagai pemain nombor sembilan - selepas membantu Senegal memenangi Piala Negara-Negara Afrika pada Februari lalu.



Beliaulah yang menjaringkan penalti kemenangan dalam penentuan sepakan menentang Mesir pada perlawanan akhir.



"Sejak empat atau lima tahun lalu, beliau telah menunjukkan persembahan yang cukup hebat," kata bekas pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast, Yaya Toure,sewaktu wawancara dengan BBC World Service.



"Tanpa memperkecilkan Mohamed Salah yang juga telah menunjukkan aksi cemerlang, serta Raheem Sterling, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, ia sesuatu yang tidak masuk akal bagaimana pemain ini tidak berada dalam kelompok tiga terbaik Ballon d'Or? (anugerah yang dianjurkan bola sepak Perancis yang diberikan setiap tahun bagi mengiktiraf pemain terbaik dunia).



"Dari segi trofi yang berjaya dimenangi, Mane berada di atas. Liverpool pada masa itu juga bersaing di setiap pertandingan - Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga."



Dengan Mane kini menyertai beberapa pemain yang meninggalkan Liverpool seperti Divock Origi dan Takumi Minamino juga bersedia untuk berpindah, semua perhatian akan tertumpu kepada siapa yang akan bawa ke Anfiled untuk menguatkan lagi serangan Liverpool bagi musim baru. - Agensi berita.




TAK MASUK AKAL MANE BUKAN TIGA PEMAIN TERBAIK BALLON D'OR 



"Tanpa memperkecilkan Mohamed Salah yang juga telah menunjukkan aksi cemerlang, serta Raheem Sterling, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, ia sesuatu yang tidak masuk akal bagaimana pemain ini (Mane) tidak berada dalam kelompok tiga terbaik Ballon d'Or?
Dari segi trofi yang berjaya dimenangi, Mane berada di atas. Liverpool pada masa itu juga bersaing di setiap pertandingan - Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga."
- Bekas pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast, Yaya Toure,sewaktu wawancara dengan BBC World Service.




GOL SADIO MANE DI LIVERPOOL



LIGA PERDANA ENGLAND



Musim Perlawanan Gol



2021-2022 34 16



2020-2021 35 11



2019-2020 35 18



2018-2019 36 22



2017-2018 29 10



2016-2017 27 13



LIGA JUARA-JUARA



Tahun Perlawanan Gol



2021-2022 13 5



2020-2021 10 3



2019-2020 8 2



2018-2019 13 4



2017-2018 13 10




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >