Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Pasukan SG tidak akan diam diri dalam kelayakan U23

Oct 24, 2021 | 07:53 PM



PASUKAN bola sepak di bawah 22 tahun Singapura akan menghadapi juara bertahan Korea Selatan, serta pasukan Asean yang sedang naik, Filipina dan Timor-Leste, bagi kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (U23) 2022.



Namun, jurulatih Nazri Nasir menegaskan pasukannya tidak akan berdiam diri dalam perlawanan Kumpulan H mereka.



Dalam satu sidang media pada hari Ahad (24 Okt), beliau berkata: "Setelah menjalani latihan berpusat pada bulan Jun, September dan Oktober, kami sekarang memiliki pasukan yang seimbang secara fizikal dan taktik, dan pemain kami memahami falsafah pasukan yang positif dari segi bola sepak yang bersifat menyerang.



"Saya percaya pada pasukan saya. Kami tidak mahu diam diri dan menunggu untuk diserang. Kami mempunyai kelebihan di tempat sendiri dan sokongan baik daripada peminat kami, kami mahu menghiburkan mereka.”



Di bawah sekatan Covid-19, maksimum 1,000 peminat akan dibenarkan masuk ke Stadium Jalan Besar untuk perlawanan 25 hingga 31 Okt dan tiket perlawanan Singapura habis dijual menjelang pertembungan mereka menentang Timor-Leste pada Isnin.



Pemain tengah Lion City Sailors Saifullah Akbar, 22, berkata: "Pada 2019, saya mempunyai pemain seperti Lionel Tan yang memberitahu saya bahawa ini adalah kempen terakhir mereka, dan sekarang saya faham perasaan mereka.



"Saya akan memberi sepenuh jiwa dan raga saya dalam perkara ini kerana saya tidak akan dapat memutarkan masa (dan bermain dalam acara lain seperti itu), jadi saya mahu memastikan saya tidak menyesal dan menggunakan peluang ini sepenuhnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >