Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Spurs lepaskan Dier ke Bayern, dapatkan Dragusin dari Genoa

Jan 12, 2024 | 11:10 AM



LONDON: Pemain pertahanan Tottenham Hotspur (Spurs), Eric Dier telah menyertai Bayern Munich secara pinjaman hingga akhir musim ini.


Pemain kebangsaan England berusia 29 tahun itu bukan pilihan utama pengurus Spurs, Ange Postecoglou, dan hanya bermain empat kali dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Dier menyifatkan perpindahan itu bagaikan “impian jadi nyata” dan menambah bahawa “semasa kanak-kanak anda ingin bermain untuk kelab seperti Bayern pada satu hari”.

Bayern mempunyai pilihan menandatangani Dier untuk satu tahun seterusnya selepas kontrak pinjaman itu berakhir.

“Bayern salah sebuah kelab terbesar di dunia dan mempunyai sejarah hebat,” kata Dier.

“Saya ingin membantu pasukan ini dengan kebolehan saya dalam barisan pertahanan.

“Saya menanti-nanti untuk berjumpa rakan sepasukan baru saya dan penyokong di Allianz Arena, yang merupakan salah sebuah stadium terbaik pada pandangan saya,” tambahnya.

Dier akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Spurs dan England, Harry Kane, di Bayern.

Pengurus Bayern, Thomas Tuchel, berkata dalam satu sidang media pada 11 Januari:

“Beliau seorang pakar pertahanan. Beliau pernah bermain di bahagian tengah dalam Liga Perdana, tetapi sudah lama tidak lagi.”

Dier, yang mempunyai baki hanya enam bulan dalam kontraknya bersama Spurs, bermain 49 kali bersama England, tetapi mendapati sukar disertakan dalam kesebelasan utama Spurs musim ini.

Sementara itu, Spurs telah menandatangani pemain pertahanan Romania Radu Dragusin dari pasukan Italy Genoa dengan bayaran £25 juta ($42 juta).

Dragusin, 21 tahun, adalah pemain kedua yang ditandatangani oleh Spurs dalam tempoh perpindahan Januari selepas mereka mendapatkan penyerang Jerman Timo Werner secara pinjaman daripada RB Leipzig.

Pemain kebangsaan Romania itu telah bermain 13 kali untuk negaranya dan memulakan kesemua 22 perlawanan Serie A Genoa musim ini.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Spurs, Djed Spence, telah menyertai Genoa secara pinjaman hingga akhir musim ini sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Dragusin, yang menandatangani kontrak bersama Spurs hingga musim panas 2023, memulakan kerjayanya di Juventus dan menghabiskan masanya di Genoa secara pinjaman sebelum mengekalkan perpindahan itu pada musim panas lalu.

Dragusin dikatakan berupaya bermain dengan baik, agresif sebagai pemain pertahanan, cepat menendang bola keluar, dan kuat dalam gerakan terancang.

Menurut wartawan bola sepak Eropah, Mina Rzouki, Dragusin bertambah baik dalam penguasaan bola, cepat dan bijak dari segi posisinya, dan tidak lagi tergesa-gesa dalam tindakannya.

Penyerang mendapati hampir mustahil melepasinya, tambah beliau.

Lebih penting, beliau bermain dengan yakin, tidak pernah takut akan lawan, dan kekal berprestasi baik dan berupaya pada detik-detik penting. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >