Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bukayo Saka dinobat Pemain England Terbaik buat kali kedua

Sep 06, 2023 | 01:17 PM



LONDON: Pemain barisan depan Bukayo Saka, dinobat Pemain Lelaki Terbaik Tahunan England buat kali kedua berturut-turut, umum Persatuan Bola Sepak England pada Selasa.


Saka, 22 tahun, pemain sayap dari kelab Arsenal, mencatatkan undian tertinggi sebagai pemain terbaik bagi musim 2022 hingga 2023 oleh peminat.

Beliau mendahului pemain pertengahan Jude Bellingham dan penyerang Harry Kane – masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Saka pertama kali menyertai pasukan negara itu pada Oktober 2020.

Beliau telah menjaringkan tujuh gol dalam 10 perlawanan sepanjang 12 bulan lalu bagi England, termasuk tiga gol semasa Piala Dunia 2022 – dua gol dalam perlawanan pusingan awal, dan satu gol apabila menghadapi Senegal dalam pusingan 16 pasukan terakhir.

Saka dinamakan pemain terbaik dalam perlawanan pembukaan England dengan Iran di Qatar yang mana pasukan dengan gelaran Tiga Singa itu menewaskan pasukan Timur Tengah itu 6-2.

Beliau turut dinobat pemain terbaik bagi perlawanan kelayakan Euro 2024 semasa kemenangan mengatasi Ukraine dan Macedonia Utara.

Pada perlawanan kedua itu, Saka berjaya mencapai hatrik pertama dalam kerjayanya.

Saka dikejutkan berita mengenai gelarannya sebagai Pemain England Terbaik semasa beliau berada di pusat latihan England di Taman St George.

Ia ibarat sebahagian daripada hadiah sambutan ulang tahunnya yang ke-22.

Pemain kegemaran pasukan Gunners itu kini telah mencatat 28 penampilan di peringkat antarabangsa sebagai pemain kanan, termasuk satu musim yang kelihatan cerah bagi kelabnya.


Selain pencapaian tersebut, baru-baru ini, beliau juga dinamakan sebagai Pemain Terbaik Musim Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) termasuk Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana PFA.

Saka kini akan memberi tumpuan kepada perlawanan kelayakan Euro 2024 Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) akan datang menentang Ukraine di Wroclaw serta satu Perlawanan Warisan Ulang Tahun ke-150 menentang Scotland di Glasgow.

Pemain Wanita Terbaik Tahunan England bagi 2022-2023 akan diumumkan lewat September 2023, kata persatuan itu.

Pasukan Wanita England, berjaya mencapai hingga peringkat final bersama Sepanyol sewaktu Piala Dunia Wanita 2023 baru-baru ini dengan meraih kedudukan kedua.

Antara mereka yang menunjukkan prestasi terbaik termasuk penjaga gol Mary Earps, dan pemain penyerangan Lauren James, Lauren Hemp dan Alessia Russo. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >