Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA JUARA-JUARA EROPAH

City ingin rebut ‘treble’, Inter tebus kejuaraan sejak 2010

Jun 09, 2023 | 06:51 PM



Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul, Turkey, bakal menjadi medan penentuan peringkat akhir Liga Juara-Juara Uefa (UCL) antara Manchester City dengan Inter Milan pada Ahad.

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam kejohanan utama Eropah.

Kali terakhir stadium tersebut menjadi tuan rumah dua kelab gergasi dari England dan Italy adalah pada 2005 semasa peringkat akhir UCL antara Liverpool dengan AC Milan, yang menyaksikan Liverpool merangkul kejuaraan melalui sepakan penalti.

Walaupun City merupakan pasukan pilihan ramai untuk merangkul kejuaraan, taktik dan kebolehan pengurus Inter, Simone Inzaghi, untuk membawa pasukannya ke peringkat akhir UCL sejak 2010 tidak boleh disangsikan.

Semasa mengurus Lazio dari 2016 hingga 2021, pasukan tersebut berjaya memenangi piala domestik Supercoppa Italiana sebanyak dua kali.

Ini di samping melayakkan pasukan itu untuk bermain di UCL bagi edisi 2021/22.

Inzaghi mengambil alih sebagai ketua jurulatih Inter pada 2021 susulan peninggalan Antonio Conte dan pemindahan pemain pertahanan, Achraf Hakimi, ke pasukan liga Perancis, Paris Saint German (PSG).

Menukil agensi berita AFP, Inzaghi berkata: “Ia adalah perlawanan (akhir) paling penting tetapi saya percaya ia juga halnya bagi pemain kerana kami ada pemain seperti (Edin) Dzeko dan (Andre) Onana yang telah bermain di separuh akhir.


“Ini adalah sebagai balasan atas segala usaha kami kerana ia tahun yang panjang dan sukar.”

Di bawah pengurusannya di Inter, beliau mencatatkan cara permainan yang baru di mana seluruh pasukan menjadi jentera utama dan tidak tertumpu kepada beberapa pemain utama sahaja.

Penampilan Inter dalam peringkat akhir UCL kali ini – ia penampilan ke-11 pasukan liga Italy itu di peringkat akhir UCL – dijangka menjadi pemangkin bagi pasukan kendaliannya mengulangi kecemerlangan yang dicatatkan pada 2010 di bawah bekas pengurus, Jose Mourinho, setelah menewaskan Bayern Munich 2-0.

Sejak dari itu, tidak ada kelab dari Italy yang pernah menjulang kejuaraan piala unggul Eropah itu – Juventus merupakan kelab paling hampir menjuarainya setelah melangkah ke peringkat akhir pada 2015 dan 2017.

Pemain pertahanan Inter iaitu Milan Skriniar, Alessandro Bastoni dan Stefan de Vrij diberi tugasan penting untuk membendung ketangkasan pemain City, Erling Harlaand, di hadapan gol.

Penyerang berusia 22 tahun itu sudah menyumbatkan 12 gol dalam 10 penampilan UCL.

Ini di sebalik rentak prestasi hebat dalam Liga Perdana England (EPL) setelah menjaringkan 36 gol, lantas menjadikannya penjaring gol terbanyak liga tersebut.

City hanya tampil dalam dua peringkat akhir piala unggul di Eropah itu – pertama pada 1970 dan kedua pada 2021.

Tetapi lebih daripada itu, skuad kendalian Pep Guardiola itu sedang memburu ‘treble’ selepas memenangi EPL dan Piala FA baru-baru ini.

Sekiranya City berjaya menang, ia menjadikannya pasukan EPL kedua selepas Manchester United – yang mencatatkan pencapaian itu pada musim 1999.

Ini bukanlah kali pertama Pep memimpin Man City di peringkat akhir UCL – pada 2021, City tewas 0-1 kepada Chelsea.

Jadi beliau dan pemainnya tahu tekanan dan cabaran bermain di peringkat akhir.

Namun, skuad kendaliannya tidak boleh dan tidak harus mengetepikan kekuatan Inter, khususnya di bahagian midfield yang dibarisi Hakan Calhanoglu, Nicolo Barella, Henrik Mkhitaryan dan Marcelo Brozovic.

Kesemua pemain tersebut amat berpengalaman dalam UCL dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk mencari peluang di bahagian tengah.

Lantaran itu, pertarungan peringkat akhir UCL kali ini bukan sahaja dijangka sengit, malah antaranya kebijaksanaan salah satu pasukan untuk mengatur jentera di bahagian tengah.

Yang jelas, Pep tidak boleh meremehkan mutu dan kebolehan pasukan Inter kendalian Inzaghi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >