Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Everton tidak mampu tertekan lagi! Lampard mesti cari penyerang baru

Aug 14, 2022 | 06:10 AM



APA yang Everton perlukan selepas nyaris terselamat daripada jatuh ke liga Championship musim lalu adalah menyerah segala-galanya kepada nasib pada permulaan musim depan.



Tanpa diduga Everton memaparkan prestasi yang meyakinkan meskipun memulakan musim ini dengan kekalahan 0-1 di tempat sendiri di tangan Chelsea.



Namun, kepincangan dalam permainan mereka jelas terdedah di Goodison Park dan ia perlu ditangani dengan segera.



Penjualan Richarlison kepada Tottenham dengan harga £60 juta ($99.96 juta) adalah kesan daripada tekanan hebat musim lepas, bintang yang cuba sedaya upaya untuk mengekalkan Everton di Liga Perdana difahami ingin beraksi di persada lebih tinggi di Liga Juara-Juara.



Mereka yang di belakang tabir dan anggota lembaga Everton, yang mendakwa mereka telah belajar daripada kesilapan dan dasar pemindahan mereka sebelum ini, sepatutnya dinasihatkan untuk mendapatkan segera pengganti Richarlison bintang Brazil itu.



Kini keadaan lebih mendesak kerana Salomon Rondon gagal menyerlah, manakala rekod buruk kecederaan Dominic Calvert-Lewin juga sepatutnya cetuskan kebimbangan selepas hanya membuat 15 permulaan dalam semua pertandingan musim lalu.



Kegagalan Everton untuk bertindak kepada isu libatkan Salomon dan Lewin mencetuskan masalah besar apabila Calvert-Lewin mengalami kecederaan lutut dalam latihan beberapa hari sebelum permulaan musim dan beliau tidak dapat beraksi selama enam minggu.



Ia bukanlah satu tempoh yang teruk tetapi Everton tidak mampu memulakan musim ini dengan goyah selepas perjuangan habis-habisan musim lalu.



Kelemahan itu ditonjolkan apabila pengurus Frank Lampard terpaksa menurunkan Anthony Gordon di bahagian serangan yang asing bagi beliau dan beliau terkial-kial cuba melepasi benteng Chelsea yang dikawal pemain baru Kalidou Koulibaly dan Thiago Silva.



Everton yang sekali-sekala mempamerkan tenaga dan gerakan baik mampu mengurangkan rasa pesimis penyokong mereka tetapi keyakinan itu berubah dan jelas ramai yang putus harapan di Goodison Park sebaik sepakan penalti Jorginho meletakkan Chelsea di depan hingga ke masa kecederaan separuh masa pertama.



Frank Lampard tidak pernah berputus asa tetapi kurang serangan menyengat di bahagian depan adalah jelas dan tidak mengejutkan dan Everton perlu segera mencari dan mengatasi kelemahan di bahagian serangan di pasaran dengan segera. - Agensi berita.




"Fank Lampard tidak pernah berputus asa tetapi kurang serangan menyengat di bahagian depan adalah jelas dan tidak mengejutkan dan Everton perlu segera mencari dan mengatasi kelemahan bahagian serangan di pasaran dengan segera.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >