Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Faritz Hameed bersara daripada bola sepak selepas 15 tahun

Jun 09, 2023 | 05:30 AM



Setelah bermain bola sepak secara profesional selama 15 tahun, Faritz Hameed mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada Rabu.

Faritz, 33 tahun, yang telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2011 dan 2013 bersama pasukan nasional bawah 23 tahun, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa beliau kini menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai ejen hartanah.


Beliau yang pernah bermain untuk Young Lions, LionsXII, Geylang International, Home United dan baru-baru ini, Tanjong Pagar United, berkata usianya yang meningkat dan kecederaan buku lalinya adalah faktor bagi persaraannya.

Mengulas mengenai persaraannya, Faritz berkata: “Ia bukanlah satu keputusan mudah untuk dibuat. Saya telah memikirkannya selama satu hingga dua bulan sebelum akhirnya memutuskan untuk meneruskannya.

“Saya mengalami kecederaan buku lali pada penghujung tahun lalu dan kontrak saya dengan Tanjong Pagar hampir tamat jadi saya rasa ini masa yang sesuai untuk bersara.”

Faritz terharu melihat bekas rakan sepasukan dan penyokongnya mengucapkannya semoga berjaya di Instagram selepas beliau mengumumkan persaraannya menerusi catatan Instagram pada Rabu.

Tanjong Pagar United juga mengeluarkan satu catatan Instagram yang mengucapkan terima kasih kepada Faritz atas dedikasinya dan kepemimpinannya yang luar biasa sepanjang empat tahun lepas.

Catatan itu juga berkata: “Anda selamanya akan terpahat di hati kami sebagai legenda sebenar kelab bola sepak kami. Kami mengucapkan semoga anda berjaya dalam masa depan.”

Mengulas tentang sokongan yang diterimanya, Faritz berkata: “Saya bersyukur menerima sokongan dan ucapan daripada mereka. Saya telah bermain bola sepak sejak berusia 18 tahun, jadi ia adalah pengakhiran perjalanan yang luar biasa.”

Walaupun Faritz sedih kerana kerjaya bola sepaknya telah berakhir, beliau menantikan babak seterusnya dalam kehidupan iaitu kerjaya hartanahnya.

Faritz telah bekerja sebagai ejen hartanah di ERA di bawah Divisyen Sofian Roslan hampir setahun.

“Apabila saya menjual rumah saya beberapa tahun lalu, saya ingin tahu bagaimana industri hartanah berfungsi. Tidak ramai yang tahu selok-belok pasaran hartanah jadi saya mahu mendidik bakal pembeli mengenai situasi pasaran,” jelasnya.

Walaupun takut dengan prospek menyertai industri baru, Faritz bersyukur kerana mendapat sokongan isteri dan dua anak perempuannya, berusia empat dan tujuh tahun, serta bimbingan mentornya, Encik Sofian.

Beliau juga berkongsi bahawa sebagai ejen hartanah, beliau perlu tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis klien.

“Saya perlu berhati-hati dengan cara saya bercakap dengan klien. Ia tidak sama dengan cara saya bercakap dengan rakan-rakan saya. Selain itu, cara saya berpakaian dan cara saya menampilkan diri saya juga penting.

“Sebagai pemain bola sepak, saya tidak sering memulakan perlawanan. Justeru, saya perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan jurulatih bahawa saya layak bermain.

“Begitu juga untuk mendapatkan klien baru dalam industri hartanah. Jika saya tidak bekerja keras untuk menunjukkan bahawa saya boleh dipercayai, berwibawa dan mempunyai sikap yang betul, saya tidak akan dapat klien baru.

“Tiada siapa yang akan memberi saya peluang jika saya tidak berusaha. Jadi saya akan menerapkan pemikiran ini ke dalam kerjaya baru saya,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >