Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS masih menilai permohonan pasukan ingin sertai Liga Perdana

Musim 2024/25 SPL kekal sebagai pertandingan sembilan pasukan buat masa ini
Feb 22, 2024 | 11:20 AM



Musim 2024/25 Liga Perdana Singapura (SPL) kekal sebagai pertandingan sembilan pasukan buat masa ini setelah tiada penyertaan pasukan baru telah sah diterima untuk menyertai SPL.

Dalam satu respons kepada The Straits Times (ST) pada 21 Februari, jurucakap Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata pihaknya sedar terdapat “spekulasi” mengenai ada kelab SPL baru dan menambah bahawa pihaknya masih belum melengkapkan penilaiannya terhadap pemohon.


FAS akan “mengesahkan perubahan kepada kelab yang mengambil bahagian dalam SPL hanya apabila penilaian ini selesai”.

Ini susulan pasukan Tengah FC, salah satu kelab yang menyatakan minat untuk menjadi kelab ke-10 SPL, mengumumkan di laman Facebook kelab pada 17 Februari bahawa ia telah menerima “kelulusan secara prinsip oleh FAS” untuk bersaing bagi musim 2024/25, yang bermula pada Mei.

Hantaran itu menyatakan: “Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Tengah FC sedang bersiap sedia untuk musim luar biasa... Kami bersedia untuk catatkan rekod sebagai kelab bola sepak kedua yang memasuki SPL tanpa sebarang geran daripada FAS.”

Ditubuhkan pada 2017, Tengah merupakan naib juara di peringkat keempat Liga Island Wide pada 2023 dan diterajui Louis Amalorpavanathan, yang bermain dalam Liga Perdana FAS dan Liga Bola Nasional pada 1980-an dan 1990-an.

Pemilik firma Acestes berusia 52 tahun itu sebelum ini memberitahu ST beliau mempunyai rancangan mapan yang disokong oleh pelabur tempatan dan asing.

Beliau juga berkata jika permohonan Tengah FC berjaya, pasukannya tidak akan mengambil subsidi Tote Board, yang meliputi kira-kira 75 peratus daripada bajet tahunan kelab SPL iaitu hampir $2 juta.

Pada 6 Disember 2023, FAS telah mengemukakan permintaan kepada pihak yang berminat untuk menyertai SPL bagi musim 2025/26 bagi mengemukakan cadangan mereka.

Ia mengesahkan pada 21 Februari bahawa ia telah menerima beberapa respons daripada kelab yang berminat untuk menyertai liga dan perbincangan telah dibuat dengan pemohon.

Jurucakap FAS menambah: “Dalam proses perbincangan, FAS mungkin dikehendaki untuk menawarkan kelulusan secara prinsip kepada kelab bagi membolehkan kelab mengambil langkah selanjutnya dengan penaja dan agensi lain membenarkannya (untuk) memenuhi prasyarat ketat tertentu sebelum kelulusan tanpa syarat bagi menyertai SPL diberikan.”

Ini termasuk memenuhi keperluan pelesenan kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), keupayaan untuk mengemukakan pasukan kompetitif dan memastikan pasukan dapat menampung semua kos bagi musim tersebut, dengan sebahagian besarnya gaji pemain dan pegawai.

Dalam pertukaran e-mel yang dilihat ST, FAS telah memaklumkan Tengah FC bahawa ia perlu menunjukkan bukti dana melalui akaun escrow atau jaminan jurubank.


ST difahamkan bahawa sebelum menyertai SPL, Lion City Sailors menunjukkan bukti kewangan rancangan 10 tahun untuk membiayai kelab itu, manakala Brunei DPMM menghasilkan jaminan jurubank.

Tengah FC masih belum menyerahkan bukti dana dan ST difahamkan ia telah meminta pengecualian daripada keperluan untuk memenuhi kriteria pelesenan kelab AFC, termasuk mempunyai stadium sendiri dan pasukan belia.

Ketika dihubungi, Louis menyatakan Tengah FC adalah satu-satunya pasukan yang diberi “kelulusan secara prinsip” dan berkata beliau komited untuk meneruskan rancangannya dan menyertai SPL bagi memberi platform kepada penduduk tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >