Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fifa tambah bayaran bagi kelab lepaskan pemain ke Piala Dunia

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



ZURICH: Bayaran pampasan yang akan dibayar Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kepada kelab-kelab yang melepaskan pemain mereka bagi Piala Dunia 2026 dan 2030 telah ditambah hampir 70 peratus kepada AS$355 juta ($472.7 juta).



Ini dimaklumkan oleh badan penguasa bola sepak sedunia itu dan Persatuan Kelab Eropah (ECA) pada Isnin.



Program Manfaat Kelab, memberikan kelab-kelab sebahagian pendapatan pasukan nasional yang diperoleh menerusi penglibatannya dalam pertandingan apabila kelab-kelab melepaskan pemain.



Ia juga melindungi kelab-kelab jika pemain tercedera semasa beraksi bagi negara masing-masing.



Sebelum ini, wang pampasan yang dibayar bagi Piala Dunia 2018 dan 2022 adalah AS$209 juta.



Memorandum Persefahaman (MoU) yang diperbaharui ditandatangani pada Isnin oleh Perhimpunan Agung ECA di Budapest, Hungary.



"Kami amat berbesar hati kerana telah menandatangani perjanjian mercu tanda ini," kata Pengerusi ECA, Nasser Al-Khelaifi.



"MoU ini mengiktiraf peranan utama yang dimainkan oleh kelab-kelab di serata dunia dan memastikan mereka diwakili dengan betul dalam isu-isu yang menjejas mereka."



Awal bulan ini, Fifa mengumumkan Piala Dunia Kelab 32 pasukan bermula Jun 2025 yang akan menggantikan pertandingan tahunan yang ada sekarang.



Buat masa ini, pertandingan itu mengemukakan tujuh pasukan.



Bermula 2025, pertandingan ini akan diadakan empat tahun sekali.



Keputusan itu mengundang tentangan dari beberapa liga, termasuk La Liga Sepanyol, tetapi MoU ini memeterai kerjasama antara Fifa dengan ECA dalam pelbagai aspek sukan dan komersial bagi pertandingan 2025.



Dalam pada itu, Fifa juga mengumumkan struktur baru bagi kalendar perlawanan antarabangsa, yang menurut presiden Fifa, Gianni Infantino, telah mendapat sokongan ECA.



"Ini memberikan keseimbangan yang wajar antara kelab dengan pasukan bola sepak nasional," kata Infantino.



"Kami mempunyai beberapa projek di masa depan, termasuk Piala Dunia Kelab Fifa pada 2025 dan Piala Dunia Kelab bagi wanita," kata Infantino. Kerjasama rapat dengan kelab-kelab di Eropah dan di serata dunia adalah wajar bagi mencapai kejayaan," ujarnya lagi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >