LIVERPOOL: Sadio Mane menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit keempat masa kecederaan lantas menghadiahkan Liverpool kemenangan 1-0 ke atas musuhnya, Everton, awal pagi semalam.
Ini sekali gus melonjakkan kedudukan Liverpool ke tangga kedua Liga Perdana England (EPL).