Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Haaland bak 5(bintang)

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Ia mungkin satu 'derby' - perlawanan antara dua pesaing - Manchester, tetapi bagi Erling Haaland, ia merupakan satu lagi perlawanan dan satu lagi rekod yang dipecahkan beliau.



Tiga golnya bagi Manchester City ketika membelasah Manchester United 6-3 di Stadium Etihad memastikan beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan tiga hatrik berturut-turut di tempat sendiri dalam Liga Perdana.



Pemain berusia 22 tahun itu sangat terbiasa menjaringkan gol - dan menjaringkan hatrik - sehingga beliau memeluk rakan sepasukannya Phil Foden dalam temu bual selepas perlawanan dan bergurau bahawa mereka boleh mendapatkan bola perlawanan setiap seorang selepas pemain England itu juga menjaringkan tiga gol menentang United.



Bekas penjaga gol United dan City, Peter Schmeichel, memberitahu BBC Radio 5 Live bahawa orang ramai dapat "melihat pemain-pemain berbeza dalam Haaland" dan beliau seperti "penyerang terbaik semuanya dalam satu".



"Bahagian terbesar penyerang yang baik ialah kesabaran. Saya bermain menentang beberapa penyerang terbaik dan ketika mereka senyap, anda perlu menumpukan perhatian.



"Pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Filipo Inzaghi akan hilang (dalam permainan) dan tiba-tiba mereka mendapat peluang.



"Apabila anda melihat Haaland, anda dapat lihat pemain-pemain yang berbeza. Jaringan gol seperti Zlatan Ibrahimovic dan Ronaldo ada di situ. Anda dapat lihat kesemua penyerang terbaik dalam satu.



"Itulah sebabnya beliau sangat berbahaya. Beliau mempunyai kelebihan untuk memperlihatkan penyerang-penyerang terbaik dan mereka semua dimasukkan ke dalam satu pemain," ujar Schmeichel.



"Ya, agak baik" itulah cara Haaland menjawab apabila Sky Sports bertanya kepada beliau mengenai prestasinya dalam perlawanan derbi itu.



"Memang bagus. Kami menjaringkan enam gol, cukup menakjubkan, menang di tempat sendiri dan menjaringkan enam gol memang bagus.



"Anda boleh lihat hantaran kami sesama sendiri. Kami sentiasa mahu mara dan menyerang. Itu yang saya suka mengenai pasukan ini.



"Pada akhirnya, ia memang menakjubkan. Tiada apa lagi yang dapat diperkatakan," kata Haaland.



Ia selalunya "baik" untuk Haaland sejak menyertai City, dan pengurus Pep Guardiola berkata statistik beliau "menakutkan".



"Angka-angka beliau bercakap sendiri. Beliau telah melakukannya sebelum ini di sini. Ia bukan sekadar cara kami sahaja. Kami sentiasa cuba membantunya dalam persekitaran kami," kata Guardiola.



"Kami mempunyai perasaan luar biasa bahawa dia sentiasa kelihatan lapar dan sangat kompetitif. Angkanya menakutkan," kata Guardiola.



Hatrik terbaru Haaland menjadikan jumlah 17 gol dan tiga bantuan dalam 11 perlawanan terakhirnya.



Beliau sudah menjaringkan lebih tiga gol dalam lapan perlawanan Liga Perdana pertamanya berbanding rekod sebelumnya bagi Mick Quinn, Papiss Cisse dan Diego Costa selepas 10 perlawanan.



Sembilan golnya dalam lima perlawanan pertamanya menjadikannya penjaring terbanyak pada Ogos dalam mana-mana musim Liga Perdana. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >