Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Hampir mustahil halang City julang mahkota: Ancelotti

Pendahulu liga kini kelebihan 10 mata lepas tewaskan Everton 3-1
Feb 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Carlo Ancelotti berkata tidak ada keraguan lagi bahawa Manchester City akan menjulang mahkota Liga Perdana kali ketiga dalam empat musim, setelah pasukannya ditewaskan pendahulu liga itu.



Pengurus Everton itu berkata "hampir mustahil" untuk bersaing dengan pasukan pimpinan Pep Guardiola, yang melebarkan jurang antaranya dengan pesaing terdekatnya, Manchester United, kepada 10 mata, dengan baki 14 perlawanan sebelum musim berakhir.



"Saya rasa pasti (City akan menjadi juara), sukar untuk melihat pasukan lain dapat bersaing dengan City musim ini," ujarnya.



"Ia amat sukar, malah hampir mustahil. Buat masa ini, mereka pasukan terbaik. Mereka mempunyai mnutu, kehebatan dan keyakinan. Sukar bersaing dengan mereka," tambah Ancelotti.



Pemain muda berbakat Phil Foden menjaringkan gol pertama bagi memacu City ke kemenangan ke-17 mereka berturut-turut, dengan percubaan yang terkena pemain Everton Seamus Coleman sebelum menewaskan penjaga gawang Jordan Pickford.



Everton, yang tidak pernah menyerah kalah sepanjang perlawanan itu, berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi percubaan kencang Lucas Digne, yang terkena tiang sebelum melantun ke badan penyerang Everton Richarlison dan menembusi gawang City.



Bagaimanapun, percubaan cantik Riyad Mahrez kemudian mengembalikan kelebihan City, sebelum Bernardo Silva memperdayakan Pickford pada babak-babak akhir perlawanan bagi kemenangan 3-1.



Mengulas mengenai perlawanan itu, Ancelotti berkata secara jujur bahawa pasukannya bergelut bagi mendapatkan rentak mereka sepanjang 90 minit.



"Manchesteri City berada di tahap berlainan daripada Everton. Jadi, kami mendapatinya sukar untuk bersaing. Itu hakikatnya," ujar beliau.



Namun, melihat ke hadapan, Ancelotti berjanji persaingan anak buahnya dengan seteru mereka, Liverpool, akan lebih kompetitif.



"Perlawanan menentang Liverpool nanti pasti berbeza. Kami sedang bermain dengan baik dan keyakinan kami semakin tinggi.



"Liverpool adalah sebuah pasukan hebat, tapi kami yakin kami berdaya bersaing," ujar pengurus asal Italy itu.



Menyentuh mengenai perlawanan tersebut, pengurus City Guardiola pula memberi pujian kepada Everton, yang disifatkan beliau sebagai pasukan berdisiplin tinggi.



"Kami perlu bersabar dalam mengawal rentak permainan dan mengatur serangan, jadi kemenangan ini sesuatu yang wajar bagi kami.



"Ia adalah sebuah perlawanan sukar, keadaan padang tidak begitu baik dan Everton adalah sebuah pasukan fizikal. Kami wajar menang kerana mempamerkan persembahan baik," kata Guardiola.



Dalam pada itu, pasukan di ambang penyingkiran, Fulham, gagal meneruskan momentum kemenangan, meskipun menunjukkan semangat juang tinggi, dan hanya dapat memungut satu mata dalam perlawanan menentang Burnley.



Daripada tiga pasukan yang kini di zon penyingkiran, Fulham mempunyai peluang terbaik untuk menyelamatkan diri, sebagaimana yang dicerminkan menerusi persembahan mereka baru-baru ini.



Pengurus Fulham Scott Parker berkata Burnley sebuah pasukan yang sukar diatasi, lebih-lebih lagi di padangnya sendiri di Turf Moor.



"Kami sukar mengawal bola kerana begitulah cara Burnley bermain... kami berjaya mendahului perlawanan tetapi saya kecewa akan gol yang dilepaskan.



"Tapi, apa pun, kami berjaya mendapat satu mata, kami akan bekerja keras lagi dalam perlawanan seterusnya. Pasukan ini mempunyai keyakinan dan kejujuran untuk bersaing hingga penghabisan," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >