Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Hariss idam pula bantu Singa capai kejayaan di Piala AFF Suzuki

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



BELIAU baru sahaja memenangi kejuaraan domestik pertama bersama Lion City Sailors - ini tidak termasuk pelbagai kejuaraan di luar negara baik di peringkat antarabangsa mahupun kelab.



Kabinet trofinya kini dipenuhi pingat dari Piala AFC, Piala AFF Suzuki dan Liga Super Malaysia, dengan tambahan pingat juara Liga Perdana Singapura (SPL) dari minggu lalu.



Namun, kapten pasukan nasional Hariss Harun, 30 tahun, berkata beliau kini bertekad menumpukan perhatian kepada usaha membantu pasukan nasional mencapai kejayaan di Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung di Singapura mulai 5 Disember nanti.



Sebelum tahun ini, beliau telah menyarung jersi Johor Darul Takzim dalam Liga Super Malaysia dan memenangi tujuh kejuaraan.



Beliau kembali ke Singapura pada Mei lalu untuk menyertai Sailors, menandatangani kontrak tiga setengah tahun.



Dalam wawancara dengan The Straits Times, Hariss berkata beliau bertekad untuk memenangi trofi bersama pasukan nasional sebelum beliau bersara.



Kali terakhir Singapura memenangi pertandingan berprestij Asean itu adalah pada 2012.



Menyentuh tentang cara Singapura tersingkir dari pertandingan pada 2014, kali terakhir ia menjadi hos, Hariss berkata penantian sejak masa itu adalah terlalu lama.



"Adalah menyedihkan, sejak saat itu, kami telah berada dalam tempoh peralihan yang agak lama," ujar beliau, yang menekankan pemain nasional perlu menggunakan kelebihan bermain di padang sendiri dengan lebih baik.



Dalam pertandingan pada 2014 itu, Singapura tersingkir di peringkat kumpulan selepas ia melepaskan dua gol lewat dalam perlawanan.



Hariss akur pasukan pada masa itu kurang berpengalaman.



Namun, pasukan yang sejak 2019 dipimpin Tatsuma Yoshida, kini telah menunjukkan keupayaan untuk bangkit dan bersaing dengan pasukan yang berada di kedudukan lebih tinggi, seperti Yaman dan Palestin yang telah ditewaskan setakat ini.



Hariss berkata:



"Moga-moga, kali ini kami dapat bermain dengan lebih tenang dan belajar dari kempen lalu dan beraksi dengan lebih baik.



"Jika kita dapat menyesuaikan diri dengan rentak permainan di secara awal, saya rasa kami dapat bermain dengan baik sepanjang pertandingan."



Singapura, yang telah memenangi Piala AFF Suzuki empat kali, telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara lima kali Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang perlawanan kelayakan antara Brunei dengan Timor-Leste.



Kumpulan B pula dianggotai juara bertahan Vietnam, naib juara 2018 Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.



Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke separuh akhir.



Singapura dipilih menjadi hos bagi edisi tahun ini oleh Majlis AFF, yang berkata ini adalah cara paling baik untuk memastikan pertandingan dianjurkan dengan selamat di tengah-tengah pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >